Nuffnang

Tuesday, July 31, 2012

Hazry Shah - 11 months

Ketepi semua... beri laluan.. beri laluannnn...
hari ni 31hb July 2012... genap 11 bulan umo hazry. kejappp je kan dh nk masuk setahun. rs mcm baru je beranakkan dia...

So far his milestones:
~ dh kuat berdiri. slowly bergerak if pegang barang.
~ gigi maintain 4 atas, 2 bwh.
~ makin kuat mkn. semlm aku masak kari, aku suapkan kari... tetappp dia ngangaaaa....
~ bila tgk org mkn or minum.. cepat je dia sampai pastu pegang org tu & berdiri pastu kata "NANAK"
~ makin clingy dgn mama dia. org lain x mau.. mau aku saja.
~ dh terer salam & cium tgn. tapi bukan cium. "gigit" tangan.
~ dh terer buat flying kiss.


fave video dia 'twinkle2 little star'. another fave is "i love u barney"

tu dia rambuttt.. ni br bgn tido.

gigi besaq.

sgt suka tgk "oh My English"

see? dia will pegang baju org yg ada food tu, x lepas!!

kitchen is his new fav spot. nk cungkil FM tu semua.

dia tiru aku tgh bercakap guna hp.
heheheh..comei.. he is using remote astro.

berdiri mcm steadyyyy je.. tapi part nk melangkah takut2. ada sekali lepas tolak walker ni, dia jatuh.
pastu kirim salam dia nk try lg.


last but not least..... flying kiss gaya hazry to all of u.... muahhhhh




Monday, July 30, 2012

Mothercare prize giving...

Happy MONDAY ladies..
how was your weekend? aku mcm biasa2 je la.. cuma semlm aku ada buat my fave kuih that is Blotok.
i will share the recipe later2 k?

so, if you guys ada bc my previous entry, kan kami kena pi Mothercare KLCC, for the prize giving. So, aku dh ckp kat shahnun, park je la kat opis aku, kita jln pi KLCC. mak tak kisah jln as long as ada aircond.
Coz hardy dh lama dok ckp nak pi opis aku.

so, pg tu kami gerak awal coz laporan traffic ckp jln menghala ke KL sesak. ni kompem ramai nk pi Jln TAR ni kan?

kami sampai opis aku around 10am++... jln kaki slow2 pi KLCC.

kita stop dulu pose kat aquaria.

adik muka heran coz pi tempat yg dia tak pernah sampai.

hardy mcm orang tak puasa je. gila kuat. aku yg letih bercakap. dia siap buleh berlari2 lg dlm tu.
ni time abang tgh mood baik. volunteer nk tolak adik.

this charlie brown cafe is soooo comei. nanti lepas raya nk try mkn sini lah.

masuk TRU dulu. coz hardy sibuk nk cr Lego TS. try tunjukkan few toys kat si adik.

barney jugak yg buleh buat dia sengeh!!

lepas tu adik terus zzzzzz...

this 2nd prize winner. bestnya dpt hamper.
i think dlm tu semua toys.

hardy muka dh start buat perangai coz dia nk soh aku beli toys leapfrog. but it's for 2 yo kid. how leh??
sabar hirda sabarrrr... bulan posa ni.


dh nama consolation prize kan? so hadiah pun seconet je.

pose cepat kat umah kg.. kita dh nk balik.

tetap singgah jap opis mama.
ni cubaan hardy nk mengepas stress ball aku.
ehh takde2.. letak balik. mama hg kat opis asyik stress. i need that.

this is the prize.
hand sanitizer & coaster from Royal Selangor.

kat situ ada tulis Mothercare 25th anniversary.

shahnun tanya.. "tu je hadiah dia?? baik soh dia post je". takpe2.. think +ve.. think +ve...
atleast kita bwk anak jenjalan pi KLCC.. if not asyik2 S.Pyramid, S.Parade.

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan...


lorrr.. dh seminggu baru nk wish selamat berpuasa??? kikiki

takpelah... janji aku ada wish. How's ur puasa ladies? Aku mcm biasa. baru nk masuk hari ke -7, dh beku otak nk pikir apa nk makan for berbuka. pastu pikir pulak apa nak makan for bersahur.
ada lg 3 minggu nak harungi benda yg sama tiap hari. 

ehhh benda2 tu pun membawa ke stress. last2 tanya hardy. dia hari2 nak makan kari!
sangat mengikut tokabah dia. hari2 nak kari. so, aku pemalas! tapau je gulai kawah from bazaar ramadhan. settle!!

yang adik pulak, makin orang posa... makin dia kuat mkn. bibik ckp, adik makin berat. sakit pinggang dia dukung.

dun worry bibik. budak tu tgh active ukur satu umah.. lepas je dia!

hardy so far baru tinggal posa sehari. tapi semlm dh bgtau aku & shahnun...
if dia dapat posa penuh, dia nak RM100. aku tanya nak buat apa?
dia tunjuk dia nak beli.......

Revoltech Sci-Fi No.010 Toy Story: Woody
muka, kaki, tgn, segala mak nenek tu kena pasang sendiri.
kecik2 dh menunjukkan suka process brg.


oklah.... posa bg penuh dulu. nanti baru cari.



yg adik pulak.. pantang lepas.. terkam nak naik tangga je.

aku sempat rakam video dia naik tangga last few days.
kalau korang dgr betul2 siap ada bunyik door bell la, hp message la.. pastu dgr le sora shahnun baru balik kerja dok bercakap dgn bibik. aiseyyyy..spoil video sungguh!!




now aku x payah dukung hazry naik atas. lepas berbuka je... aku letak dia kat lantai... ajak dia naik atas.
dia will merangkak naik..while aku ikut bontot dia...

sampai atas, aku buka pintu bilik... umpan dia dgn toys... so terkedek2 le dia merangkak masuk.

eh... dh mcm anak kucing aku rs... har har har


Have a great weekend ladies.....

Thursday, July 26, 2012

Genting trip...

date: 19-20 July 2012

4 tahun x jejak genting korang...
benda ni pun last minute plan. coz Shahnun kata dia cuti khamis & jumaat tu. so aku pun ikut je la cuti. cuti aku banyak x guna lagi pun. check website genting, bilik still available.
so booked bilik kat First World hotel, terus bl tix for indoor theme park dia. if beli online dpt less 10%.
so belilah online siap2. so dapat le tix for adult RM27. for kids RM25.

dh ada anak kecik ni, x yah le bercita2 nk pi outdoor theme park. buang duit je. pastu weather kat KL pulak, kejap ujan, kejap panas. dibuatnya ujan, tak ke rugi.

indoor theme park byk ride for kids & family. so kira oklah nk introduce ride kat dobot tu kan?

sekali sampai sana panas terik. x sejuk pun. heran aku. apsal genting x sejuk dah now?


kami gerak from umah pkl 7am++. org lain sibuk nk masuk opis..kami pun sama naik sibuk gak kat jln tu.

sekali hamik ko.. jam x ingat kat MRR2. sib baik budak ni dh zzz..

pastu shahnun stop giant jap bl stock food. terus budak ni terjaga. dh jaga tu apa lg. ingat dia nk dok diam2 dlm carseat dia?
nehi..nehi..nehi... menggeletis nk bgn from car seat. siap hempas2 badan. so aku angkat le...
tetap x duduk diam. segala benda nk capai. last2 aku dudukkan dia kat tempat kaki. diam le kejap.

sampai first world hotel around 10am++.
check in.. terus dpt bilik. legaaa...


kami rapatkan katil tu. senang the boys nk golek2.

ni kami kat luar Haunted adventure kot. hardy penakut gila. sanggup jadi photographer punya x mau dekat dgn ride tu.

pi collect wristband dulu.

pose tayang wristband.

siannn le adik. gila jakun. terlangut2 tgk lampu.
naik kuda terbalik okeh!!
expression muka, seperti biasa x de perasaan.

pastu shahnun ubah dia pi duduk kuda lain.

baru le nampak dia nk senyum.

last2 naik kuda dgn abang gak paling best.

then, kami naik mini train.
pusing area atas tu je pun.
tapi hazry suka ride ni.

then, naik rio float.

time dulu tgk ride ni mcm "ha e laaa... apa barang naik ride pusing2 dlm indoor ni je. sgt x thrill".
now, padan muka.. ride ni le kami naik 2-3 kali.

budak ni happy dah. bila aku tanya "mana best lg? genting ke kidzania?"
cepat je jawab "GENTING".

view from atas.
eh orang x ramai. tu yg best tu. naik ride x mo turun pun takpe.

yg budak kecik ni pun nak jugak tgk luarrrrrr...

pastu shahnun ajak hardy naik roller coaster.
aikk? sejak bila lakiku berani naik roller coaster ni? time kat disneyland dulu ride Space Mountain tu pun mati2 dia x mo naik.
sekali check, min height 122cm.
hardy baru 110cm. so punah le harapan anak beranak nak naik.

so, kami bwk hardy naik junior bumper car. ada le 3 org kids je kot time tu.
sgt le heaven pi weekdays.

while tunggu abang main, aku suap adik mkn porridge dulu. bwk siap2 bekal fr umah.

lepas abang main bumper car, aku ajak hardy teman aku masuk 4D motionmaster ni.
eh now dh ada 2 movie tau.
session pagi. citer The Little Prince. (9.30am-3.30pm)
Session petang citer Haunted Mine. (4.30pm till 11.30pm).
citer The Little Prince tu oklah for kids. for org tua mcm boring skit.
yang Haunted Mine tu best gila!


lepas tu turn shahnun pulak masuk 4D motionmaster tu. hardy teman dia gak.
so aku tolak2 le hazry kat area luar. ternampak ni.
lorrr baru aku tau yg roller coaster flying dragon & monorail tu under indoor theme park rupanya..
bagus! tapi kami x sempat naik monorail. queue panjang sgt.
pastu pkl 5.30pm dh tutup.

terus shahnun ajak hardy teman dia naik flying dragon. sib baik min height 107cm.
chewahhh muka happy je nk naik ride. coz daddy dia kelentong flying dragon ni sama mcm ride roller coaster dragon kat universal studio spore.

sekali hamik ko!!
menangis2 time turun ride.

terus bwk dia main ride budak2 kat area2 tgh tu.
ni pix hardy mkn mozarella stick.
eh sedap le pulak aku tgk bulan2 posa ni.

then, pastu shahnun bwk hardy pi mana ntah..budak kecik ni pun dh bgn tido.
bg dia susu dulu.

ok.. dia dh start hyper!


bwk dia naik rio float lg.

kali ni soh daddy dia pulak yg jaga.

naik mini train lagi.
tgk camna dobot tenung bell tu.

itu diaaaa...
terus..kling..kling..kling non-stop.

semua dh penat. balik bilik dulu nk freshen up.
abang busy tgk cartoon.
adik busy dok cr apa benda le dia buleh selongkar.

pkl 4 lebih kami keluar balik. adik dh zzzz balik.
aku & hardy masuk balik 4D motionmaster. nk tgk Haunted Mine pulak.
hardy bukan tgk pun. dia penakut. tutup mata je.
aku stress x leh concentrate coz hardy x habis2
"mommyyyy...mommyyyy..bila nk habis ni??"

Haunted Mine sgt le best!! real gila 4D dia tu. kagum kejap kat mesia pun leh buat ride camtu.
aku naik 2x.

stroller dh mcm pokok xmas. sangkut mcm2.
ni tak tumbang coz si dobot ada dlm stroller. cuba dia x dak. terbalik stroller tu.


pastu dia demand nk naik bumper car byk kali. oklahhhh...
so shahnun pi pulak masuk 4D motionmaster tu.
aku dok tercongok kat luar ni tunggu hardy.
bukan kejap korang. ada le dekat sejam coz org dh makin ramai.
yg bumper car ni memang x ramai kids.
x salah aku ada le lebih 10x hardy ulang main.

auwwww.. u touch my face adik??
mesti dlm hati dia kata "this pretty lady is my mommy".
har har har

bwk adik naik carousel lg.

naik rio float lg.

geget ini budak!!

last ride b4 balik bilik. kling kling kling klingggggg

abang tgh pilih ice-cream.
aku rasuah dia ice-cream semata2 nk soh dia teman aku naik ride flying dragon.
aku ckp, if nak ice-cream teman aku naik.
demi ice-cream dia rela buat apa pun.

next day.
the boria brothers.

baru tau ada garden kat luar first world hotel nih.

adik sampai tertido2.
dah2 jom balik. mak stress coz dh panas. rs mcm pi sunway lagoon je.