Nuffnang

Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Recipe - BAMIA

Halu olsss...
bertemu lagi di dapur cik puan hirda. 2-3 menjak ni rajin pulak aku try recipe2 yg mencabar skit. Slow2lah kan. Masak ni kena rajin mencuba and practice. Lama2 sure bolehlah. taklehlah harap hari ni masak esok terus jadi expert kan? If malas, sampai bila2 takkan tau masak. Eh.. terbebel pulak pagi2 ni. hehehe

Ok, last weekend aku try masak BAMIA pulak. 
Bamia ni food from middle east. Org sana selalu mkn cicah dgn roti. tak pedas pun.
Sejak kecik aku mkn coz mak sedara aku rajin masak ni.

Pastu mak aku ada lah few times masak ni kat rumah. Bau diaaaaa.. i tell uuuu... terus rs merecik2 ayaq liuq. 
aku je buleh habis separuh peket roti gardenia tu.

sapa2 yg nak recipe tu.. meh sini aku share. ni aku buat besar periuk corning ware yg paling besar antara 3 bijik ni (tu diaaa.. siap pix lagi aku bg)

pix fr google

BAMIA

Bahan2:
1. Daging/tulang 500 gram
2. Bwg merah dimayang for menumis (5-6 biji)
3. Minyak. Ghee (2 sudu) for menumis.
4. rempah kurma (separuh peket)
5. Tomato Sup Kimbal (1 tin)
6. Kentang (3-4 biji)
7. Carrot (2 biji)
8. Tomato (2-3 biji)
9. Bendi (7-8 biji)
10. Kacang Peas (separuh tin)
11. daun sup/bawang for hiasan
12. Garam

Cara2:
1. Rebus daging yg dah dibersihkan sampai dia lembut. Jgn sampai hancur.
2. Panaskan minyak.Ghee. tumis bwg merah yg dimayang.
3. Rempah kurma dicampur dgn air, bg pekat. then tumis sekali lepas bwg merah tu dah naik bau.
5. Masukkan tomato sup.
6. masukkan daging yg dah empuk. Air rebusan daging tu pun masukkan jugak dak 2-3 senduk. Agak2 rs mcm pekat sgt. tambah lg air rebusan daging tu.
7. masukkan kentang and carrot.
8. renehkan sampai kentang, carrot lembut
9. masukkan tomato, bendi, kacang peas.
10. renehkan lagi sampai bendi lembut.
11. masukkan garam sesedap rasa.
12. tabur daun sup, daun bwg time menghidang.

Tgklah pix2 kat bwh ni. aku start prepare semua ni from 8am sampai 12.30pm baru siap.
Paling tak suka, time nk tunggu daging lembut & nak rebus daging.
Dan2 rasa mcm nk keluar cari pressure cooker.

ni daging yer puan2. sapa tak tau tu.. aku tak taulah nk kata apa.
ni aku beli from Giant. part knuckle.
cara potongan. suka atilah korang nk potong camna pun.
if guna tulang lagi sedap i tell uuuu..
tapi dah x jumpa tulang.. daging pun oklahhhh

from top left: kentang & carrot, bendi, rempah kurma yg tak buka lagi, tomato. 
and kanan sekali bwg merah yg dah dimayang.

left: kacang peas
right: tomato sup kimball.
ada cerita sebalik tomato sup ni.
satu shah alam aku cari tomato sup ni.
yg semua kedai ada jual tomato puree je. Eiii.. tak sukaaaa...
last2 jumpa gak kat tesco s.alam.
padahal aku dh pi tesco yg dekat MSU tu. takdak. so assume tesco lg satu tu takdelah kan.
sekali tesco lg satu adalah pulak. 
sabar jelah....

ni advice by mak aku.
if takde pressure cooker.
guna je rice cooker nk rebus daging.
betul gak kan.. bijak2 mak aku, mcm anak dia gak.
muhahahaha...
tapi dekat 2 jam aku rebus okehhhh...
siap kena tambah air lagi.

ni dah campur bahan last. bendi + tomato + kacang peas.

tadaaaaa...
nilah rupa bamia tu yer puan2.
lagi pekat lagi lazatttt.
rs dia mcm tomato2 sikit.
yg sure tak pedas.
Ni Dobot dok merasmikan bamia for that day.
ewahh jari terlentik2 dok koyak roti.
heheheh...
habis 2 keping roti dia mkn.
bagussss...


Tu je recipe dia. senang kan?? terus mak feeling2 jadi minah arab. chewahhh...

Wednesday, July 24, 2013

14 Ramadhan & Nutella cupcake

Kejap je kan? pejam celik, pejam celik today dah 15 Ramadhan.
So far hardy still tak tinggal posa lg.
Kagum kejap dgn kecekalan anak sendiri (tu diaaa... gila skema ayat mak ko).
Coz mak ko masa darjah 1, rsnya adalah posa 2 weeks je kot.
Balik sekolah dok melepet mcm org tak mkn minum seminggu. siap taraf merangkak lg. Gila over kan?

Mak aku kesian dia bglah berbuka. tapi bukan beriya makan pun. setakat mkn cake 2 gigit. minum air kosong. dah!

so to celebrate anakanda berjaya posa tak tinggal langsung sampai 14 days.
Semlm masa dia pi terawih, gigih aku pi buat nutella cupcake.
recipe aku google je.
Hardy sgt suka mkn cupcake. pi mana pun if nk mkn cake, dia will cari cupcake.

ok fineeeee..... x sampai 30 mins. siap nutella cupcake aku ni.
1 recipe dapatlah 4 ketul. just nice for kami satu umah tu.
Dobot x suka sgt benda manis. dia mkn topping je.

ni masa baru angkat.
bau dia menusuk ke kalbu.

muka kena paksa sengeh.
tak sabar nk mkn kononnya.

dah sejuk,
aku calit2 je nutella atas dia tu.
pastu tabur rainbow choc rice.
Gila berlemoih.
ayat penyedap ati aku...
"takpe hirda.. berlemoih pun sedap".
hahahha

dia rasmi dulu.
last2 dia mkn choc rice tu je.
separuh aku mkn, separuh bibik mkn.

so masa hardy balik, tgk ada cupcakes atas meja.. dia mcm "mommyyyy.. mommy buat ke tu? daddy kata mommy beli". excuse meeeeee??? celah mana mak ko nak cari cupcake mlm2 buta ni anak? saja je kan daddy korang ni...

ni recipe dia...

Nutella Cupcake
  1. 1/2 cawan nutella
  2. 1 biji telur (gred A. coz size besar)
  3. 5 tablespoon tepung naik sendiri. (if takde letak je tepung gandum biasa, tambah soda bicarbonate sikit) 

Cara- Cara:

  • pukul telur + nutella sampai kembang/sebati
  • masukkan tepung
  • pukul sampai sebati
  • panaskan oven, around 250'c.
  • bakar dlm 10-15 mins. sampai nampak dia pecah camtulah kot
  • cucuk guna lidi nk test cake dh masak ke belum
  • if nak letak topping, letak je nutella atas tu, tabur le dgn badam ke, kacang ke, etc. ikut citarasa masing2.

Selamat mencuba ye...


Monday, July 15, 2013

Nasi Hujan Panas + ayam masak merah + kurma telur


ni menu aku masa sabtu lepas. sapa yg dok request soh aku share recipe tu??
sila catit yer...
aku share recipe nasi ujan panas je. if nak recipe2 lain, bgtau k? nanti aku share lg.

Nasi Hujan Panas
  1. basmati (3 pot)
  2. air (3 pot)
  3. Ghee,butter (saja aku campur dua2 bahan ni) - 2/3 sudu mkn
  4. susu cair (1/2 cawan)
  5. Bahan A: bwg merah + bwg putih + halia (dihiris) +  kulit kayu manis + bunga lawang 
  6. Bahan B: bwg merah + bwg putih (blend) - 2-3 sudu mkn
  7. kiub pati ayam
  8. pewarna ijau, merah, kuning (suka atilah kaler apa korang nak letak.)
  9. daun pandan.
  10. garam, maggi cukup rasa.


cara2
  • basuh beras bersih2. toskan,
  • panaskan Ghee and butter. 
  • masukkan Bahan A. sampai naik bau.
  • masukkan bahan B.
  • dah nampak garing sikit. masukkan susu cair, kiub pati ayam.
  • garam, maggi cukup rasa.
  • masukkan beras, daun pandan, air.
  • gaul bg beras mesra dgn bahan2 semua. 
  • agak2 dh start menggelegak. angkat periuk tu and sambung masak dlm rice cooker.
  • bila nasi dh masak.. titik pewarna tu kat bahagian atas. jgn byk sgt satgi melampau pulak habis satu periuk nasi tukar kaler.
  • time nk serve, baru gembur2kan nasi.
  • jadilah kaler hujan panas tu.
aku ada kaler oren and ijau je. titik pun takut2 takut terover byk . 




Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday - 43

2nd attempt to cook Buttered Prawn berjaya!!
I use penapis teh time nk tuang telur kuning tu.
So, it will slowly turun dgn halusnya...
for recipe, pls go HERE

Tuesday, June 25, 2013

my 1st attempt to cook Buttered Prawn...


Sabtu lepas, aku puasa.
Tapi kesian pulak the kids & shahnun nk lunch tak tau nk mkn apa. So aku terasa nk mkn Buttered Prawn.
Padahal nk berbukanya lambat lg. Masak siap2 sejak thari.
Menu for lunch that day: buttered prawn + telur masak kicap + ikan goreng.
yg recipe lain tu takyahlah aku bg kan? menu biasa2 je.
aku nk share recipe Buttered Prawn je

Ni recipe dia aku google.

Bahan2 for sarang:

  1. 2 biji telur kuning. (dipukul)
  2. satu cawan minyak masak
  3. satu senduk butter
Cara2 masak Sarang:
  • panaskan minyak & butter
  • bila minyak dah panas, kacau tanpa stop minyak tu.
  • sambil tu slowly tuang telur kuning slow2.
  • guna senduk to kacau. jgn stop. sampai telur masak and nampak garing.
  • angkat & toskan.
panaskan minyak + butter

sebelah tgn tuang kuning telur slow... sikit2.. sebelah lg kacau non stop.

lg halus telur tu, lagi jadi sarang tu.
nanti minyak tu will berbuih2.

sarang ala2 tercoklat skit.
mahapkan tukang masak.

Bahan2 for udang:
  1. Udang besar 10-12 ekor. ( aku guna udang harimau)
  2. butter dlm 2 sudu.
  3. susu cair suku cawan
  4. daun kari 1 tangkai
  5. cili api, 3-4 bijik
  6. bwg putih 4-5 ulas (dicincang)
Cara2:
  • Perapkan udang dgn pepper & garam.
  • Goreng udang. Jgn lama sagt. just nice sampai udang tukar kaler. Gunakan minyak balance goreng sarang tu je.
  • angkat udang and tos.
  • panaskan butter (dlm pan/kuali bersih)
  • tumis bwg putih + daun kari + cili api sampai naik bau
  • masukkan susu cair
  • masukkan garam + serbuk perasa
  • masukkan udang.
  • gaul bg rata.
  • angkat.
  • taburkan sarang atas udang tu.
  • siap!!
udang yg dah di goreng kejap.

 tadaaaa...
siap dah!
dont judge the recipe by its look.
coz Shahnun kata sedap!!
ok kembang mak kejap.

nampak tak 3 beranak tu dgn tak mandi lagi terus brunch dulu.

paling puas hati tgk budak ni mkn.
budak ni memang suka udang. ratah je habis 3-4 ekor.
tu muka menunjukkan nikmatnya dpt mkn udang le tu kan?
mak ko tertelan2 ayaq liuq tgk korang mkn.
cheh.....

Wednesday, June 19, 2013

My 1st pulut kuning....

Ni kejadian Sabtu lepas. Aku kan puasa. Pastu selsema le pulak.
So sepanjang hari berlingkar je atas katil. sambil2 tu dok browse tgk recipe2.
Sekali tekak rs nk mkn pulut kuning pulakkk. Gila mengada tekak org puasa ni kan?
aku google.. cari recipe. siap screenshot kat ipad. besar skit nak refer nanti kan?
Laaaa senang rupanya nak buat pulut kuning ni. cheh...
selama ni tau makan je kan??

Pulut kuning:
  1. beras pulut (500 gm)
  2. santan pekat
  3. serbuk kunyit (1 sudu)
  4. daun pandan
  5. garam
  6. asam keping (sekeping)
  7. daun pisang (alas kukus)
  8. air (to rendam beras pulut)
  9. lada hitam (less than 10 bijik)
Cara2:
  • rendam beras pulut dgn serbuk kunyit and asam keping. dalam 2 jam.
  • panaskan air... letak daun pisang as lapik. tapi umah aku kan mana nk cari daun pisang. pokok pandan je hidup segar bugar. So, aku amik daun pandan byk2. aku jadikan alas tu. settle!
  • toskan beras pulut. (buang air & asam keping tu)
  • kukus beras pulut & daun pandan.. around 30 mins. sampai nampak pulut tu dah 80% masak.
  • angkat... 
  • campurkan garam dlm santan.
  • masukkan santan tu sikit2 dalam pulut tu sampai nampak pulut tu moist.
  • campurkan lada hitam sekali
  • kukus semula pulut tu. sampai masak. rsnya lg 30 mins.
  • dah siap!!!


nilah rupa pulut kuning aku on Ahad pagi.
time masak sabtu tu hp tertinggal dalam bilik.
Ahad tu kena masak lg coz Kari ayam ada byk lebih.

bibik ni kannnnn...
dia letak lada hitam gila byk!
sabar jelah...

ni pix sabtu tu.
panas2 lagi ni. kami mkn lepas isyak.
aku buat kari ayam nk makan dgn pulut tu.

supper pulut!!
gila sungguh. pastu bising gemuk.

anak sedara shahnun tetiba call kata nk mai umah.
memang rezeki dia.
ingat senang makteh dia nak masak pulut?
budak 2 org tu sgt mengikut daddy derang.
fave pulut.

habis satu FB aku canang pasal pulut kuning aku ni. Muhahahha... biasalah.. org yg jarang2 masak ni. Bila dpt masak benda baru.. dia mesti over kan?? Siap call mak aku cerita. 

Bila tanya Shahnun ok tak? dia kata.. "ok...pandai pun masak kan?"
wellll.... like u dunno me... i only masak when i hv a mood & my tekak wanna eat that (sebab tu la berzaman kannn?) hehehe.

Thursday, January 17, 2013

Recipe Nasi Ayam Goreng sesuka hati….

Nahhh... cepat amik pen paper semuaaaa... catit!!
eh takyah2... copy paste je masuk words. agak2 lagi malas.. print terus from blog aku ni.


Bahan-Bahan

1)     Ayam
2)   Beras
3)      Kiub pati ayam
4)      Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, lada itam biji
5)      Halia, bwg merah, bwg putih (blend)
6)      Daun pandan
7)      Serbuk kunyit
8)      Garam, gula secukup rs
9)      Daun sup


Cara2 : 
1)      Goreng ayam yg diperap dgn kunyit and garam. Goreng sampai garing. Angkat.
2)      Tumis item no 4 and 5. Sampai naik bau. (tumis dlm periuk nasi siap2. Tapi atas api la)
3)      Masukkan beras yg dh dibasuh. Masukkan kiub pati ayam seketul, gaul bagi beras mesra. (auwww mesra sungguh)
4)      Agak2 beras dh sebati and masak skit. Masukkan air… garam, serbuk perasa, etc. Make sure air ikut sukatan nk masak nasi. Taknak nasi mentah or lembek.
5)      Letak serbuk kunyit skit nk bg kaler kuning.
6)      Masukkan ayam goreng td. Dgn daun pandan & daun sup.
7)      Angkat and sambung masak kat rice cooker.

SIAP!!

Yang recipe sup, kicap and cili tu, buat je mcm normal nasi ayam.

Result: ayam goreng yg dimasak sekali dgn nasi tu will lembut. Dh mcm mkn nasi arab pulak.

Oklah kan, ada le gak kelainan. If not asyik nasi ayam aku yg x de kaler tu jek.
Selamat mencuba!!


Thursday, August 2, 2012

recipe - BLOTOK

aku buat kuih ni for berbuka last Sunday. Coz tekak gila teringin nk makan.

FYI... Blotok ni is kuih org utara. to be specific, orang kedah. from luaran org tgk, dh rupa mcm kuih cek mek molek. but dalaman dia sgt le beza.

ni la fav kuih aku sejak kecik. bila mak aku buat, siap kira ni, brapa bijik semua. dh bahagi siap2 sesama adik beradik, sorang buleh mkn brapa biji je.
selalu mak aku buat time bulan posa la. coz time tu la nk balas pinggan neighbour2 sebelah.

yg tukang kena hantar, aku la!! stress je time tu. orang tu bg agar2 je pun. kita ni balas bg blotok! sgt le kontra.
dah tu, bila dh asyik dok bg sorang sikit kat neighbour, berapa je yg tinggal kat kami? dapat le sorang mkn 4-5 bijik.
ohhh cannottt... x cukup tu.
dh besar ni.. amik ko. buat le sendiri. makan le sendiri puas2!! suka aku... muhahhaaha (uihhh gelak setan. Astaghfirullahaladzimmmmm)

bila aku post pix blotok dlm FB, tu diaaaa... berderet org komen apa benda ni? soh bg recipe, bla bla bla...

ok... meh le mak nk bg recipe dia kat sini...

Kulit:
~ ubi keledek oren. (ikut suka la brapa bijik. mcm aku, aku buat 3 bijik)
~ tepung gandum
~ garam

Inti:
~ daging cincang (aku guna 1/2 polisterin pack tesco. mak malas, bl daging dh cincang siap2 fr tesco)
~ 1 biji bwg besar. (dicincang)
~ halia, bwg merah, bwg putih (diblend)
~ jintan manis (1 sudu besar) (ditumbuk halus)
~ lada hitam (1 sudu besar) (ditumbuk halus)
~ sedikit kunyit
~ garam, gula, apa2 benda yg buleh menambahkan kesedapan dialah.

Cara2 buat kulit
- potong ubi keledek & rebus. letak garam sekali time rebus (jgn buang kulit coz nk maintain kemanisan ubi. ni petua mak aku la)
- dh lembut, angkat, buang kulit & lenyek.
- letak garam sikit.
- campur tepung sikit2 sampai dia jadi mcm doh.

*note - tapi aku buat kali ni, rs cam dh campur tepung byk gila.. dok lembekkk melekat2 jugak adunan kulit aku.. last2 lantaklahhh. petua fr MIL aku yg rajin buat cucur badak. if takmau bg adunan melekat2 kat tgn, basahkan tgn & br pegang. yer lahhh.. memang x melekat. briliant2! petua bibik aku pulak, sapu minyak masak kat tgn. pun x melekat gak.. elok je terbentuk & berkilat2. eh briliant jugak bibik aku ni. aku jugak yg blur.

Cara2 buat inti
- panaskan minyak
- tumis bwg besar yg telah dicincang
- dh naik bau, masukkan halia, bwg merah, bwg putih yg telah diblend.
- masukkan jintan manis & lada hitam yg dh ditumbuk (yg ni masuk sikit2, ikut byk mana korang suka)
- dh naik bau, masukkan daging cincang.
- if nampak kering.. masukkan air skit.. bg mereneh.
- masukkan kunyit sikit, nk bg nampak warna kuning sikit.
- masukkan garam, gula, ajinomoto, whatever benda yg menyedapkan makananlah.
- lepas nampak semua dh sebati & masak & dh kering. angkat!!


ni antara pix yg aku sempat snap. tu pun guna hp. habis celah2 keypad aku terlekat doh.

ni nama dia ubi keledek yg dh siap direbus yer puan2!
tapi baru 2 -3 ketul aku br kopek kulit.
tak menyempat2. panas2 tu aku gagah nk kopek jugak.

lepas di lenyek & ditambah tepung.
camni le rupa adunan dia. still lembek2 gak.

ni rupa inti yg dh siap dimasak yer puan2.

ni dh start mengentel. aku dh warning kat bibik, kulit luar bg nipis, inti dalam WAJIB byk. baru puas makan.
yg bentuk terbengot2 x berapa sekata tu aku buat. yg cantik berkilat elok rupa paras tu bibik aku buat.
cisss jeles aiii...


sekali budak ni bgn tido...
dahhh merempan2 nak buat jugak.
oklahhh so aku ajar dia camna nk gentel bg jadi lonjong.
rajin anak teruna aku ni.
bila kat dapur, ambition dia terus bertukar nk jadi CHEF!!
apa2 lah abang...


1st pinggan dah siap.
for that adunan. aku dpt 2 pinggan blotok.
boleh le makan sampai esok.

dah tgk bibik buat lg cun fr aku. aku tinggal je kat dia & hardy.
coz aku nk tgk budak yang dok melalak2 kat dalam walker ni. dia bosan coz tak buleh masuk dapur.
dia punya tahap melalak.. sampai hentak2 kepala kat walker, buat2 muntah, etc.
drama king sungguh!!

by pkl 7pm. dh siap goreng.
tadaaaa... ni la end result dia....
oh terus lapaq!!


selamat mencuba !!

Tuesday, April 3, 2012

lala sweet sour telur

sapa yg beriya2 soh aku post menu kat FB tu??
meh cepat copyyyyy....

lala ni aku beli masa kat sunday market. x berani beli banyka2 coz x tau camna nk masak kan?
so aku beli satu pinggan dulu. rm5.

terus plan nk masak for dinner ahad tu. dlm kepala otak dh berangan nk masak mcm mkn kat bagan lalang. tapi yg bagan lalang tu masak pedas bertelur. aku google cari x jumpa le pulak resipe. last2 terjumpa recipe lala sweet sour bertelur ni.
aku terlupa website mana. tapi TQ sooo much for sapa yg share recipe ni?

so bahan2nya adalah:
1) Lala (aku beli satu pinggan)
2) 2 sudu oyster sos
3) sos cili (aku x ukur pun byk mana, aci tuang je.)
4) sos tomato (letak kurang skit amount fr sos cili)
5) serai (diketuk)
6) bwg putih (2 ulas diketuk)
7) bwg besar (1 bijik. di hiris)
9) cili api (8-10 bijik. diketuk) aku letak cili api ijau & merah coz nk bg kalerful.
10) telur sebijik (dipukul)
11) minyak masak untuk menumis
12) gula, garam


cara2nya:
~ panaskan minyak.
~ tumis bwg putih & bwg besar, sampai naik bau.
~ masukkan lala yg telah dibasuh betul2 coz takut ada pasir.
~ kacau bg masak skit.
~ masukkan oyster sos, cili sos, tomato sos.
~ kacau, masukkan serai, cili api.
~ if kering, tambah air. letak le gula, garam secukup rs.
~ tutup a few mins bg lala tu masak.
~ masukkan telur & kacau sebati bg telur tu masak lembek2 ala2 char kuey teow.
SIAP!!!


ni pic dlm kuali, lepas baru campur telur.

siap!! see? letak cili merah + ijau menarik le skit kaler dia kan?

tetiba termasuk gak fries for bfast pagi ahad. siap dh menu for dinner. sayur campur & lala sweet sour bertelur.

selamat mencuba puan2!! <--- baca dgn nada & gaya Chef Wan.

Monday, September 8, 2008

recipe murtabak roti

ni recipe dia ye mommies...
kalu x sedap jgn marah k? coz for me.. i likeee ;)

bahan2

a) inti daging
~ bwg merah, bwg putih, halia (blend sekali)
~ daging/ayam cincang (leh beli siap dah kat tesco)
~ 1 biji bwg besar (di cincang)
~ jintan (ditumbuk halus)
~ lada hitam (yg bijik2 tu, bukan serbuk) (ditulbuk halus)
~ kunyit
~ garam
~ gula
~ ajinomoto (not necessary)
~ minyak for menumis.
~ air

b) kulit
~ biskut cream crakers 4 segi. (seelok2nya beli yg timbang kat kedai runcit je. coz kurang skit rasa lemak dia)
~ marjerin/butter
~ telur

cara2
1) panaskan minyak. tumis bwg besar yg dh dicincang sampai masak sikit.
2) masukkan bwg merah, bwg putih & halia yg dh di blend sekali.
3) masukkan daging/ayam cincang.
4) masukkan jintan & black pepper yg dh ditumbuk tu.
5) masukkan air (sikit)
6) biar mereneh (make sure daging/ayambetul2 masak)
7) masukkan kunyit, garam, gula, ajinomoto (secukup rasa)
8) masak sampai daging kering sikit (mcm masak inti karipap le kiranya)
9) angkat

10) sediakan tray nk bakar
11) sapu dgn marjerin or butter. so that nanti dh masak x melekat.
12) rendam biskut cream crackers tu dlm air skit. make sure biskut tu kembang sikit. sikit je tau. jgn kembang sampai lembek gila tu.
13) susun biskut cream cracker yg dh kembang skit tu dlm tray (make sure cover semua bahagian bwh tray)
14) pecahkan telur. pukul. campurkan inti tadi skit dlm telur. (lagi byk lagi sedap)
telur ikut byk mana inti or besar mana tray tu. mcm tray bulat yg aku buat tu, aku guna 4 biji telur.
15) tuang bancuhan telur & inti tadi kat atas layer cream crackers tu. ratakan inti tu so that semua area dlm tray tu ada le inti.
16) ulang step (12), (13) & (15). hirda letak 3 layer inti.
17) last sekali, step (12) & (13).
18) sapu marjerin/butter atas layer biskut yg atas sekali.
19) bakar dlm oven in 200'c sampai nampak layer biskut atas tu dh rapuh/coklat2.
20) angkat, sejukkan.. MAKAN!!

note - murtabak roti ni moist skit. dh mcm bread pudding skit2. pasal sukatan pulak, seriously aku x pernah sukat byk mana bahan2 nak letak, aku hentam je letak bahan2 tu. he he he...

agak2 korang leh paham x instruction aku kasi ni? kalu x, tanya lagi k? im willing to help .
so..selamat mencuba ye semua... :)