Nuffnang

Thursday, May 17, 2012

AIMIA's amazing race

date: 12 May 2012
time: 9am - 1pm

jgn tak percaya koranggggg... aku join office punya amazing race ok? aku? pompuan yg sgt le x pernah bersukan ini. mula2 mcm x mo join, tapi bila team aku x cukup orang & derang komplen aku x pernah join opis activity, so mak join la. just for fun. coz dh confident nih sure x menang.

team kami 6 orang. 1 guy + 5 ladies. so the guy tu la yg jadi team captain.
kena bg nama kumpulan. so kami bantai je letak the AVENGERS. ha ha ha nama x agak2, mcm le team tu kuat benor. total semua ada 8 team yg bertanding.

cari balik sport shoes lama x jumpa. mana le shahnun pi simpan ni. last2 aku decide beli je la sport shoes baru. coz yg lama tu aku bl sejak thn 2005. gila lama wei. ntah2 dh mengelupas gamaknya.

this time aku beli yg murah2 je. beli running shoes. kaler grey purple. cantik.. rega pun murah gila. rs nk nangis tgk price dia.
so, 2-3 days b4 start race, aku pi jogging kat playground area umah aku. konon warm up le kan? x mo la sekali time race, kaki kejang pulak. gila penatttt. rs cam nk putus nyawa. tu dia.. overnya description ko hirda oi.

so hari yg dinanti pun tiba.. chewahhhh...

team kami kaler orange. konon nk senang nampak fr jauh kan?


abaikan pompuan bulat itu. memang kena start diet le ni.


so race kami start from opis, dpt clue, kena cr benda dlm opis. dh dapat jumpa & buat task, dpt 2nd clue. dia tunjuk pic klcc & garden.
ha e la, apa senang sgt clue nih?? KLCC park le kan?
dahhh berlari kami lari turun lif. hahahah tetap LIF. lalu kat KL convec, tembus food court dia, sampai klcc park. orang tercengang2 tgk kami. dh jumpa check point dia, kena buat lompat getah. 2 orang pegang, 4 orang kena lompat serentak. 15x pulak tu. gila apa. tercungap2 melompat.

dh siap. dpt 3rd clue. dia bg pic logo & pic mee rebus. adoilahhh logo apa pulak ni??? sib baik le afiq & aku teringat ada klcity walk yg baru buka tepi opis, belakang impiana. berlari pulak kami pi sana. eh time ni dh kurang berlari, berlari2 manja je gitu. sekali betullah! x sia2 kami pernah mai makan situ.
kami team 1st sampai situ, kena buat activity pass bola pingpong guna sudu. 5 bijik. done! x jatuh2. bagus.


ni masa baru sampai kat klcity walk semua terkam mineral water dulu. sempat pose tu b4 start pass bola ping pong.

dh complete. dpt 4th clue. pic bakery & ada kartun Tun Mahathir. oh sgt senangggg..
serahkan pada yg pakar. sah2 la The Loaf kat pavilion. see? tak sia2 kan team ni amik aku, apa2 yg kena mengena dgn shopping mall & makan. terer je!
so berlari kami pi pavilion pulak. aku dh tau mana the loaf. dia sebelah butik coach je. sampai pit stop tu, derang bg 3 perkataan huruf tungging terbalik nama kedai dlm pavilion. kami kena masuk dlm tu & snap pic depan pic tu.

sekali tgk words tu aku dah tau. GODIVA, KAMPACHI, SWATCH. terus tau tingkat brapa ni. haa terer kan? aku memang buleh kerja kat information counter pavilion tu. sekali berlari nk masuk pavi. tgk jam br 9.50am. pintu besar x buka lagi. guard pun x bg masuk.

so kami naik lif fr area coffee bean tu, naik tingkat 6, then taraaaa... terus kami dlm pavi. ha ha ha... syabas betey!! dlm tu kami je berlari2 pi cari kedai nk snap pic.





dah siap. turun escalator, tembus the loaf nk pi balik kat check point tadi. nk tunjuk bukti kami dh snap pic kan? sekali ternampak le pulak Tun Mahathir tgh bfast kat luar the loaf. OMG.. rs mcm nk pi peluk je dia. dia still smart. nk pi salam segan le pulak dgn berpeluh2 camni. so lalu je la tepi dia sambil jeling2 manja tgk .


kat check point kami dpt 5th clue. dia bg pic chart & pic sign 'secret'. ok, ni tricky. pikir punya pikir. aku terpikir "SECRET". terus teringat kat sebelah pavi ada secret recipe. haaa betullah secret recipe kat standard chartered building. wahh.. bagus2. berlari kami pi sana. sampai sana kena buat task, rasa air.
mata kami semua kena tutup, pastu kena teka air yg kami minum. total semua 6 air. kena betul atleast 4. kalau tak, kena penalty 5 mins. team aku betul 5 rsnya. bangga nihhh...

terus dpt clue no 6. dia bg ayat "river of gold". apa lagi kan? sg wang la. adoiii yg ni aku dh letih from stand chart building to sg wang jauh tu weiii... zaman opis lama kat bangunan mas tu pun aku sanggup naik monorail time nk pi sg wang. ni nk menapak pulak. takpe aku kuatkan diri & jln laju2. no more lari2.

sampai depan maybank sg wang, kena buat charades games. or in BM, bahasa isyarat. afiq kena buat gaya, kami kena teka 6 perkataan in 6 mins. kalu x sempat. kena penalty 5 mins. ha ha ha.. yg ni kami betul 4 je. so nganga le kami 5 mins kat situ. time tu dh 2-3 group potong kami. aku dh confident, paling terer pun maybe kami dpt no 3 je la kot.

lepas penalty 5 mins. kami dpt 7th clue. dia bg pic gunung ganang & logo YTL. haa? yg ni semua dh confuse, nk pi bangunan genting ke? sekali afiq kata "star hill"!! berlari lintas jln pi star hill. sekali betullah!!
kena jawab 10 questions & kena betul 8. if not penalty 7 mins. tanya soalan am. sah2 le kami semua x terer. so tercongok le kami kat situ 7 mins.

then, dpt last clue, dia tulis "go back where it began". berlari kami balik opis.
sekali sampai opis tgk ada satu team je dh sampai & dok arrange clue. kami mcm "what? eh bukan tadi mcm 2-3 group ke depan kita"? kami kena rearrange the clues & letters yg kami dpt with the clue. syarat dia if letter tu x cukup or hilang, dis-qualified. dh siap arrange, panggil committee. derang check & kata. ok u guys r done. Congrats. rupanya team yg dh sampai tadi tu derang ada hilangkan satu letter. oh meaning kami 1st team la yg complete! wahh terjerit2 happy kami dlm meeting room tu.



busy susun clues.

done!



2nd runner up.

1st runner up.


champion!!

oklah prize dia. buffet kat saisaki.

lepas tu baru le makin byk team sampai. rupanya yg lain tu sampai lambat coz salah tempat. yg clue soh pi star hill tu ramai yg pi wisma genting. gila jauh wei.

so itulah citernya camna team yg underdog yg sapa pun x expect buleh menang, sekali leh jadi juara.

moral of the story, amazing race ni x kisah le ko badan bulat ke, or badan ketak2 cam body builder pun, kalu x de luck & brain. memang le x kan menang.
see? last2 yg menang, team yg ada 2 pompuan bulat, 3 pompuan slim & sorang laki.

my sisters said, team kami buleh menang coz involved shopping mall, nampak sgt semua kaki shopping.

yes, im proud of myself. keh keh keh

3 comments:

lieyalatif said...

kah kah kah ...aku suke bace...mcm aku pun part of the team tu plak.....betul2, aku setuju, tak semestinye badan kene tough baru bolehjoin kan....otak kene bijak...mcm ko laa.. bab soping mall ngan makan mmg no 1 hahahaah byk bantu team ko tgk menang...cayalah!!!

tapi tak tahan tu siap start jogging 3-4 ari ssebelum start race tu...mmg dasat ko punye preparation tu...tapi mmg betul pun ko, kalo dah lame tak sport, then tetibe ko nak kene lari2 gini, mau urat malas ko sakit nanti....he he he...

ape2pun tahniah to avengers!! korang mmg hebat!!

onniesham said...

gigih aku baca entry ko. smbil baca mcm aku plak yg joint race tu. syabas la wat team avengers. good job. betul tu, kalo bdn je sasa, tp xleh pikir pon x guna gak joint race mcm ni. x sesia hang keluar masuk pavi slalu. smpai hapal dah kedai2 kt situ.

ellynadyra said...

aku suka gila aktiviti mcm ni, mmg best la....