Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

Bandung Trip - (3 to 6 Jan 2014) - Day 2

Day 2, kami dh ckp kat supir kami, nama dia Acong. Soh amik pkl 8.30am. apa2 kita bfast dulu.
this morning bfast dia sediakan nasi apa ntah. Tapi beras perang. Oklah rs dia


hardy kuis2 je nasi tu.
sib baik derang sediakan porridge juga. So, 2 mangkuk dia mkn.

cik ani & cik brahim apa2 share dulu.
gila romantik.
mak aku siap bwk sambal ikan bilis satu tupperware.
bila mkn2 camni, zasss dia buka bekal.
dgn kami2 join sekali amik skit.
oh si dobot, mkn kopok sayur.
tu je bfast dia.

1st destination. Rumah Mode.
tiap2 kali mai BDO, ni je itinerary kami.
Rumah Mode wajib pi pagi2 masa dia baru buka, org tak ramai lagi.
oh laki bini berbaju boria baru beli semlm.
kami cuma bwk baju 2 helai je kot.
gila semangat nk shopping kan.

tu heran aku bila tgk org pi holiday bwk kasut sampai 2-3 pasang.
seluar berhelai2. baju takyah ceritalah kan. Dah nama pi bandung. sah2 le nk shopping kan.
motip nak bergaya mcm nak rak? artist pun takde mcm tu aku rs.
eh.. terbebel pulak... 
ok sambung cerita....

tok abah, tok mama & the cucus.

lepas habis shopping, kami lepak2 kat Java beans.
mkn singkong & keju ni.
Price dia dlm RP22k rsnya.
gila besar portion dia.

pastu kami stop kat anak kecil.
sini heaven for baju kids.
especially yg besar2 dobot.
time aku pi pyjamas cun2.
So kami borong pyjamas for the boys and anak2 BIL aku kat situ.
oh hardy now konon dh besar, nak pakai boxer.
so sini byk boxer brand nickelodeon.
3 for RP39k rsnya. cantik pulak tu.
kami beli byk boxer for hardy.

terjumpa pacifier woody siap dgn pacifier holder nih..
Rp39k je.
kompem mak beli for so dobot.

pkl 3pm baru kami pi Simpang Raya nasi padang for lunch.
Sedap i tell u...
terus solat jamak kat sini.
besar surau dia.

budak berdua ni before mai Bandung dh ckp awal2, nak beli gitar mcm Tegar.
so, kami soh Acong (supir) bwk pi kedai gitar.
kedai ni kat tepi2 jalan je.
price dia RP100k.
dlm RM28 duit kita. Gila murah kan?
kat sini aku tgk kwn2 komen dlm FB semua lebih RM100++.
ok... sila beli kat bandung k.

kami beli 1 je.
takyah beriya beli 2. sapa nk usung naik flight nanti??

this time both boys nak Monster Uni toys.

balik hotel,
lepas mandi manda. Siap nak dinner kat Festival CityLink.
the boys terus rasmi pakai baju tido woody and buzz.
yg buzz tu aku beli from Rumah Mode.
Memang ada size dobot je.
beli baru coz pyjamas buzz yg ada dh kembang tengkuk bagai.
RP99k. mahai gak. Tapi cik puan hirda bila pi holiday semua benda aku kata murah.
so beliiiii...
baju hardy aku beli fr Cascade. RP89k.

mlm ni aku mkn ikan bawal goreng from Pak Chi Met.
oh dap2 nya...

sekali shahnun pusing2 food court Festival CityLink, dia ternampak stall jual bola obi ni.
10 biji for RP10k.

bendtuk dia mcm telur penyu.
dlm dia kosong and kelongsong dia mcm kenyal2 sikit.

rasa dia??
sedap gila okeh!!
berebut kami mkn.


lepas tu kami pusing2 dlm Festival Citylink.
the boys request nak naik train ni.
sorang RP5k. around RM1.50 duit kita.
gila murah ok! dh le train dia bila pusing siap2 senget2.
Ala2 trill le gak kan? 

time corner, senget2 dia corner. hehehe

sebab murah, bebudak ni naik 2x.

balik bilik semua dh mcm ulaq sawa.... zzzzz

to be continued...



No comments: