Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

We are backkkk

Halu ols...
Kami dah selamat sampai KL on sunday morning at 1am. Bestnya naik flight mlm coz the boys zzzzz. Aman mak pak korang dpt tido sepanjang dlm flight.

Pix beribu dlm camera. Siap guna 2 memory cards lagi. Tp byk pix snap ntah apa2 je. Aku x sempat nk sort lagi. Below are some of the pix... Yg kami snap ala2 mcm in 2010. Can see the diff especially tahap kekembangan laki bini itu. Hahaha

Thursday, September 26, 2013

Off to "Ong Kong Yi Yennnn"

Halu Ladies....
we r off to our short break to HK. To be precise.... to HK Disneyland!!! (ong kong yi yen hazry panggil) Hoyeahhhhh (ya ya... mak derang paling over).




will be back this Saturday night. It's only a 3 days 2 nights trip for hazry's post-bday and hardy's pre-bday presents.

I pray hard the weather is OK, the crowd tak ramai and paling pentingggggg.... the boys can behave!!

have a great weekend ladies, coz we know we will... Ngeeee....

xoxo,
Hirda + Shahnun + Hardy Shah + Hazry Shah

Tuesday, September 24, 2013

Demi RM1....

Kejadian on monday. Camnilah life bila dok umah kan. Aku pun dh jadi mcm auntie2. ada sale mana2 cepat je sampai.

aku sanpai Paradigm mall around 11.30am. sham sampai 11.50am sekali tgk depan chic rice shop dia.... tu dia queue mcm ulaq.

actually paradigm ada buat rm1 promo for sept. everyday 1 kedai mkn will bg rm1. but normally for 1st 100 customer. masuklah fb or website paradigm mall nk tgk kedai mana lg offer rm1 yer.

monday... 23 sept. for chic rice shop pulak. rm1 for set nasi ayam and 2 pie tea. gilos best.


 
nampak queue tu. kami dikelilingi auntie2 and uncle2 yg dh pencen. hehehe


 
the guy baju hitam kiri tu tgh distribute number. if cukup 100. they will tutup line.
 

 
mak berlipstik merah menyala that day.
sham tu nk pi kursus tu. sempat lg singgah lunch.


 
rezekiiii.... aku no 84. sham 85.


 
chic rice shop tu tak besar sgt. so... 1st round. around 40 to 50 buleh masuk. tp kesian. mkn cam krlam kabut coz ramai lg mcm kami2 ni dok tunggu kat luar.


 
then... bila ramai dh habis mkn. kemas3 meja. letak food baru.. baru batch kami masuk pulak.
kami pelik semua yg mkn x order air. pandai2 aku ckp "takleh order air kot pom. 
bila tanya.. eh bolehlahhhh.
kami je order air kat situ.


 
jemput makannnnn.....
sorang rm1.10 termasuk tax. 
tak termasuk airlah kan. mineral water rm3.
hahaaaah air lg mahai.


 
cepat snap pix akuuuuu.....
aku now rajin pulak dok upload pix kat instagram.
sapa2 nak follow cari je hirdajane. 
nanti i approve yer.
wahhhh ayat baget retis.

Friday, September 20, 2013

2 days as a housewife...


 
yes... im officialy a housewife sampai end of the month. this is the pix on my last day lepas packing brg and b4 nk return balik the nb.
now im laptopless jugak. huwaaaa...
tak bestnya idup.
tgklah nk cr gak 1 laptop if kompem new company only bg desktop.


 
 sedeh sgt bila bc goodbye card from T
M colleagues. rs diri disayangi sgt. *sobs


 
 1st day as a housewife gila bosan ok. sib baik aku posa. so kerja aku.. tergolek atas katil layan movie. ptg baru masak lauk for berbuka and dinner.


 
 day 2 as a housewife. pkl 10.30am aku dh siap nk kuar umah. takleh jadi weihhh... dok umah rs lemau je. makin malas.


 
 pi ikea for lunch. jumpa lelek. sham. and bebudak opis lain gak.
try ikea ribs. sedappppp...limited time je ni.
rm19.90.


 
 mkn ribs mana kenyang kan?
3pm laju je kami pi Tony 
Romas e-curve.
coz promo rm9.90 dia.
order caesar salah with chic & spicy chic pasta. serius sedap okehhhh....
total bill: rm23. 


 
dapat ni for the boys. cute!
!

 
mlm pulak the boys nampak costume ni dlm almari.dah both bising nak pakai.
oklahh pakaiiii.. elok pulak si dobot nk pakai eye mask tu kan
? hahaa.

tu je activities aku sepanjang 2 hari jadi housewife.
melantak je kerja aku.
isnin... selasa.. dah ada plan dgn org lain pulak.
terus nk shopping baju kerja sikit.yerlah 10 thn kerja pakai jeans. ni kena pakai formal baru terkedek2 nk cr office attire.

oklah nak tido. babai.

Tuesday, September 17, 2013

Recipe - BAMIA

Halu olsss...
bertemu lagi di dapur cik puan hirda. 2-3 menjak ni rajin pulak aku try recipe2 yg mencabar skit. Slow2lah kan. Masak ni kena rajin mencuba and practice. Lama2 sure bolehlah. taklehlah harap hari ni masak esok terus jadi expert kan? If malas, sampai bila2 takkan tau masak. Eh.. terbebel pulak pagi2 ni. hehehe

Ok, last weekend aku try masak BAMIA pulak. 
Bamia ni food from middle east. Org sana selalu mkn cicah dgn roti. tak pedas pun.
Sejak kecik aku mkn coz mak sedara aku rajin masak ni.

Pastu mak aku ada lah few times masak ni kat rumah. Bau diaaaaa.. i tell uuuu... terus rs merecik2 ayaq liuq. 
aku je buleh habis separuh peket roti gardenia tu.

sapa2 yg nak recipe tu.. meh sini aku share. ni aku buat besar periuk corning ware yg paling besar antara 3 bijik ni (tu diaaa.. siap pix lagi aku bg)

pix fr google

BAMIA

Bahan2:
1. Daging/tulang 500 gram
2. Bwg merah dimayang for menumis (5-6 biji)
3. Minyak. Ghee (2 sudu) for menumis.
4. rempah kurma (separuh peket)
5. Tomato Sup Kimbal (1 tin)
6. Kentang (3-4 biji)
7. Carrot (2 biji)
8. Tomato (2-3 biji)
9. Bendi (7-8 biji)
10. Kacang Peas (separuh tin)
11. daun sup/bawang for hiasan
12. Garam

Cara2:
1. Rebus daging yg dah dibersihkan sampai dia lembut. Jgn sampai hancur.
2. Panaskan minyak.Ghee. tumis bwg merah yg dimayang.
3. Rempah kurma dicampur dgn air, bg pekat. then tumis sekali lepas bwg merah tu dah naik bau.
5. Masukkan tomato sup.
6. masukkan daging yg dah empuk. Air rebusan daging tu pun masukkan jugak dak 2-3 senduk. Agak2 rs mcm pekat sgt. tambah lg air rebusan daging tu.
7. masukkan kentang and carrot.
8. renehkan sampai kentang, carrot lembut
9. masukkan tomato, bendi, kacang peas.
10. renehkan lagi sampai bendi lembut.
11. masukkan garam sesedap rasa.
12. tabur daun sup, daun bwg time menghidang.

Tgklah pix2 kat bwh ni. aku start prepare semua ni from 8am sampai 12.30pm baru siap.
Paling tak suka, time nk tunggu daging lembut & nak rebus daging.
Dan2 rasa mcm nk keluar cari pressure cooker.

ni daging yer puan2. sapa tak tau tu.. aku tak taulah nk kata apa.
ni aku beli from Giant. part knuckle.
cara potongan. suka atilah korang nk potong camna pun.
if guna tulang lagi sedap i tell uuuu..
tapi dah x jumpa tulang.. daging pun oklahhhh

from top left: kentang & carrot, bendi, rempah kurma yg tak buka lagi, tomato. 
and kanan sekali bwg merah yg dah dimayang.

left: kacang peas
right: tomato sup kimball.
ada cerita sebalik tomato sup ni.
satu shah alam aku cari tomato sup ni.
yg semua kedai ada jual tomato puree je. Eiii.. tak sukaaaa...
last2 jumpa gak kat tesco s.alam.
padahal aku dh pi tesco yg dekat MSU tu. takdak. so assume tesco lg satu tu takdelah kan.
sekali tesco lg satu adalah pulak. 
sabar jelah....

ni advice by mak aku.
if takde pressure cooker.
guna je rice cooker nk rebus daging.
betul gak kan.. bijak2 mak aku, mcm anak dia gak.
muhahahaha...
tapi dekat 2 jam aku rebus okehhhh...
siap kena tambah air lagi.

ni dah campur bahan last. bendi + tomato + kacang peas.

tadaaaaa...
nilah rupa bamia tu yer puan2.
lagi pekat lagi lazatttt.
rs dia mcm tomato2 sikit.
yg sure tak pedas.
Ni Dobot dok merasmikan bamia for that day.
ewahh jari terlentik2 dok koyak roti.
heheheh...
habis 2 keping roti dia mkn.
bagussss...


Tu je recipe dia. senang kan?? terus mak feeling2 jadi minah arab. chewahhh...

Tuesday, September 10, 2013

After a month....

Selamat hari Selasa ols.....

pejam celik..pejam celik... dah sebulan aku takde bibik. So far, I can handle it very well.
The boys pun dh besar. lepas mkn both dah pandai bwk pinggan letak kat sink.
Si dobot lagi advance.. siap amik penyapu sapu sampah nasi2 yg dia tumpahkan.

Kagum kejap mak ko dengan kerajinan anak.
Now routine aku hari2, balik kerja....masak for dinner. Masak simple2 je.. setakat telur kicap, udang asam, kari ikan, kari udang. sayur campur siap in 30 mins.

Si abg pulak hari2 balik sekolah will tanya "mommy masak apa today? Abg lapar"
Terus teringat zaman aku kecik2. Balik sekolah tu je soklan aku kat mak aku. hehehe..

Now bila aku tanya the boys... best tak pi daycare?
Both dgn happynya cakap "bestttt.. ada ramai kwn".
Lega makpak korang dengar.

Dobot dah makin berisi balik. Abg dia ckp, dia mkn byk kat daycare and kat rumah pun dia will habiskan nasi dlm pinggan dia. Good boy!!
Weekend je, tak salah aku lebih 6x aku kena buat susu for him dlm sehari.
Tido mlm now dah takleh pakai diapers huggies dry biasa tu je. Kena pakai Dry comfort. Tebal sikit. If not bocor.

Lepas habis dinner, the boys naik atas mandi mlm. while mak derang kemas beg daycare for tmrw pulak. Prepare semua siap2.

By 9pm... kami dah leh golek2 depan tv dah. Legaaa....

telur kicap + udang asam + sayur campur + drummet

bfast weekend kami. Nasi goreng + telur mata.

ni the boys demand nk pulut kuning.
Gigih mak korang balik kerja dok tanak pulut & masak kari ayam pulak.
Ni si dobot buat pose "peace". langsung tak jadi peace pun.
LOL

ni port wajib dua beradik kat meja mkn.
tak buleh duduk sebelah-menyebelah.
satgi bercakar. 

Aku pun tak sangka aku buleh buat semua ni. But.. i can actually (with Shahnun's help of course)!!! Ho yeah.. pat on my back.

Monday, September 9, 2013

Nephew's wedding... (oh terasa tua pulak)

Date: 1st Sept 2013
Venue: Surau An-Nur Bandar Baru Bangi

Citer dah seminggu, aku baru nk update dalam blog. Dalam FB hari yg sama aku dh upload pix siap2. Gila pantas...
Ni wedding anak bongsu BIL aku. the only son in the family. So, kami pun seawal 12pm dh sampai dah ke kenduri. Guna je Waze. Settle.


nasi beriani + ayam bakar + daging hitam.
Sedap i tell uuuu....

daddy melayan anakanda boss kecik makan.

ni bila aku soh smile.

dah org tak ramai lagi time tu, sesuka hati je kami duduk meja asing2.
ni si abg tgh mkn, tokmama dia dok layan le cucu mkn.

licin budak ni mkn.. bagus!!

camwhore...

dah habis mkn... dia kacau daddy dia punya food pulakkkk...

happy mak pengantin dpt menantu baru yerrrr...

mak & pak pengantin dok busy menyambut tetamu.

sekali tgk the boys hilang, pi main kat tangga tepi surau.

pengantin dah sampaiii.
so sweet..kiss..kiss.

i heard derang bercinta sejak sekolah menengah.
the boy study kat mesir and the girl kat Jordan now.


 kami siap relax2 dalam guest room.
tunggu zohor baru balik.
LEFT: pix abg happy dok ulang 44x amik teh tarik.
RIGHT: Adik with muka tak puas hati coz nampak ada budak pegang flag. dia pun nak le tu.

aku dah tak larat nk kejar dia. last2 tok abah bwk dia melawat kawasan surau.


ni guest room kat surau tu.
Cun... dah mcm hotel.

wahhh tok mam siap amik food mkn dlm bilik.


 LEFT: mak pengantin dgn anak sedara ketot dia. budak tu demand nk goodie bag fr mak chaq dia.
RIGHT: mak bercamwhoring dgn anak sulung.

tetiba pose tido pulakkkk...
suka atilah anak2.

ok2 pix before balik.
Tok mama + the pengantins + mak pengantin + tok abah.
Shahnun & the boys dah masuk kereta time ni.
Coz hazry bising nak susu...

Selamat pengantin baru Arief and Thaiyibah (nama pun dah ciri2 org mengaji mesir/jordan kan? nama aku??? isk isk isk)... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..


From:
Cik Ida + Uncle Shahnun + the boys