Nuffnang

Tuesday, June 25, 2013

my 1st attempt to cook Buttered Prawn...


Sabtu lepas, aku puasa.
Tapi kesian pulak the kids & shahnun nk lunch tak tau nk mkn apa. So aku terasa nk mkn Buttered Prawn.
Padahal nk berbukanya lambat lg. Masak siap2 sejak thari.
Menu for lunch that day: buttered prawn + telur masak kicap + ikan goreng.
yg recipe lain tu takyahlah aku bg kan? menu biasa2 je.
aku nk share recipe Buttered Prawn je

Ni recipe dia aku google.

Bahan2 for sarang:

  1. 2 biji telur kuning. (dipukul)
  2. satu cawan minyak masak
  3. satu senduk butter
Cara2 masak Sarang:
  • panaskan minyak & butter
  • bila minyak dah panas, kacau tanpa stop minyak tu.
  • sambil tu slowly tuang telur kuning slow2.
  • guna senduk to kacau. jgn stop. sampai telur masak and nampak garing.
  • angkat & toskan.
panaskan minyak + butter

sebelah tgn tuang kuning telur slow... sikit2.. sebelah lg kacau non stop.

lg halus telur tu, lagi jadi sarang tu.
nanti minyak tu will berbuih2.

sarang ala2 tercoklat skit.
mahapkan tukang masak.

Bahan2 for udang:
  1. Udang besar 10-12 ekor. ( aku guna udang harimau)
  2. butter dlm 2 sudu.
  3. susu cair suku cawan
  4. daun kari 1 tangkai
  5. cili api, 3-4 bijik
  6. bwg putih 4-5 ulas (dicincang)
Cara2:
  • Perapkan udang dgn pepper & garam.
  • Goreng udang. Jgn lama sagt. just nice sampai udang tukar kaler. Gunakan minyak balance goreng sarang tu je.
  • angkat udang and tos.
  • panaskan butter (dlm pan/kuali bersih)
  • tumis bwg putih + daun kari + cili api sampai naik bau
  • masukkan susu cair
  • masukkan garam + serbuk perasa
  • masukkan udang.
  • gaul bg rata.
  • angkat.
  • taburkan sarang atas udang tu.
  • siap!!
udang yg dah di goreng kejap.

 tadaaaa...
siap dah!
dont judge the recipe by its look.
coz Shahnun kata sedap!!
ok kembang mak kejap.

nampak tak 3 beranak tu dgn tak mandi lagi terus brunch dulu.

paling puas hati tgk budak ni mkn.
budak ni memang suka udang. ratah je habis 3-4 ekor.
tu muka menunjukkan nikmatnya dpt mkn udang le tu kan?
mak ko tertelan2 ayaq liuq tgk korang mkn.
cheh.....

Monday, June 24, 2013

Nyonya & The Gang..... andddd Anuar Zainnnn...

Date : 20 June 2013
Venue: Istana Budaya
Time: 8.30pm till midnight.

actually beli tix sejak last 2 weeks, dapat tau je teater ni ada special appearance Anuar Zain on 19th and 20th June tu. Zassss.. terus cargas je kami pi cari tix.
This time tak mau aku beli tix rm36++ tu. Duduk nun jauh sayup2 kat atas. Kita beli tix mahai skit yer kwn. RM56++ je. lebih pada tu, rs sayangnya duittt...
sib baik altho tix murah pun. still ada yg kat area "stalls". that is area dekat dgn stage.

that day aku ada driver okeh.
Mintak kat boss balik awal skit pkl 5.30pm.
Pastu K-Own mai amik aku.
Lelek pi terus from client office.

pi collect tix.

demimu abg nuar. kami relaaaaaa...

sampai2 lelek dah ada dok mkn kat cafe IB.
So, jomlah kita mkn dulu.
Gila sedap nasi lemak bungkus dia nihhh...

oh shamsinar pun join kami gak.


kami 3 org kat depan. k-own dgn kwn dia kat seat belakng kami.
dekat gak fr stage kan?


 org dah makin ramai.
memang full house.

time teater mana buleh on hp kan. free je kena sound dgn staff IB nanti.
tapi time anuar zain, kami curi2 snap pix gak.
aku siap amik voice recorder lagi.
Gila goose bumps okehhh masa dgr dia nyanyi.
Sham tak habis2 "aku nak nangissss... aku nak nagisssss"
hoihhh bwk bertenang pompuan.. ko jgn nangis. satgi dgn aku2 sekali join.
hahhahah

sekali abg nuar turun stage, pi salam2 dgn org lagi...
semua dah terjerit2. dah mcm konsert dia pulak.
termasuklah kami.
tak sedar diri semua dh ada anak & laki kannn?
tak kiraaaa.. tetap nk feeling2 jiwang gak dgn abg nuar.

Malam tu dia nyanyi 2 lagu.
masa 19th tu dia nyanyi satu lagu je.
Tapi maybe coz mlm tu mlm last teater kan?
So dia nyanyi..Ketulusan Hati & Sedetik Lebih.
Ya Rabbiiii.. i tell uuuu..
memang rasa nak nangis dgr dia nyanyi.
terus kami2 perasan ala2 dia nyanyi kat kami.
hahahaha.. gila perasan.

 ni masa penutup. Introduce semua pelakon.

 Abg Nuar pun keluar jugakkkk..

 Eh abg nuar babai kita lahhhhh....


 Lepas tu ada session autograph. Gagah aku & Sham beli buku derang and queue nk dpt autograph.
Misha Omar berlakon sgt2 kelakar and best.
Amy Mastura pun sama. Lawak gila. Dia asyik melatah je.


Left: Lead actress yg berlakon as Nyonya. Mardiana Alwi. She's just 25 yrs. Tapi sura dia sedap. Clear. Sgt bagus. 
Right: Fafau. Fafau kelakar coz asyik lupa script je. Dia slim byk lah. Jauh beza from dlm Nona tu.

Lepas tu kami pi supper mkn Sany char kuey teow opposite IB tu dulu. Pastu dekat 1am, baru semua gerak balik. Sampai Office amik kereta dah 2am. Sampai umah 2.15am. Gila kagum 15 mins je aku drive!!
Pkl 3am tido. 5.45am dah bgn pi kerja. Ting tong sepanjang hari tu.
Sib baik Jumaat. Jumaat kan org semua mood kelaut nak kerja.

Nyonya & the gang tu actually ada 2 performance. Persembahan Nyonya sgt cute and kelakar. Cuma ada certain2 part yg a bit meleret. Tapi bila Misha, Amy and Fafau kelaur memang asyik gelak je.

The Gang pulak is group of teenagers/kids yg dok nyanyi/menari lagu2 kesihatan. Obesitylah... exerciselah. Serius tak paham aku, Sib baik x lama sgt. Pastu baru kuar Anuar Zain. pastu sambng balik cerita nyonya.

Overall, since this is my 2nd theater kan? Best byk from Tun Mahathir the Musicall. Aku bg 4 star!!


Thursday, June 20, 2013

Hope lepas ni amanlah umah from jerit-pekik...

why title aku camni??? 
Sebabnya lepas dobot dh cerdik IT ni kan? Hari2 WAJIB okeh ada adegan jerit pekik dua beradik tu.
sebab berebut ipad. Hari2 gaklah mak dia jadi singa betina.

sampai one day.. aku dh tak tahan, aku ckp kat shahnun.. kena cari gak satu ipad/tab baru. tapi nak cari yg murah2 je. Sekali... TERmasuk Lazada. (TERlah sangatttt). Ternampak iklan ni.


OMG.. murah okeh!! baca review org yg dh beli semua puas ati.
terus ptg isnin tu around 4pm aku order.
aku beli gak memory card 16Gb tambah takut memory tab tu tak cukup.
yerlah 4gb je kot.
korang nk tau spec tab tu korang masuk Lazada and baca sendirilah k.

esok thari dah sampai. gila kagum delivery service Lazada.
thumb up lah!!
oh.. pompuan ni pun join sekali order for niece dia.
Lelek beli kaler itam. aku kaler putih. Konon nak bg sama mcm ipadlah kan?

nama tak glamer. tapi ada hardy shah kisah??
janji dia dpt main game. dia dh happy gila dah.

cute gak 7 inch je. terus mak dia rasmi dulu.
belek2 apa yg patut.



 ada wifi je. siap leh ada office tu. excel, word, powerpoint. ok kagum kejap.


ni aku suka. ada e-book. terus rasa rajin nk bc novel. muhahahah...

for adik pulak... aku belikan casing baru sudah! coz casing lama dah koyak. gila ganas kan anak2 aku.
google punya google jumpa ni.

IGuy!!
kiutnyaaaaa....
ada byk color. tapi aku tgk ijau paling cun.

sama gak. order mlm ahad. selasa dah sampai.
same day dgn tab tu.
tapi yg ni aku beli from
RM89.

 aku suka coz ada mcm handle.
senang kid nk pegang.
and boleh berdiri cam dlm pix ni.
pastu dobot kan jenis suka campak brg. so.. pasni ko nak campak ipad pun mak ko tak heran dah.

dobot now suka main game lego or tgk apps Disneyland fr ipad.

ni aku whatsapp shahnun masa kat opis.
biasalah bini x menyempat2 kan?
sekali dia leh kutuk casing iguy tu!!!
isk isk isk. tak mengikuti perkembangan tau bapak korang ni.

tak kisahlah cun ke tak..
yang pentingggggg...
the boys leh duduk diam2.
nampak muka abg tu. dh mcm model iklan promote brg.
hahahha

Wednesday, June 19, 2013

My 1st pulut kuning....

Ni kejadian Sabtu lepas. Aku kan puasa. Pastu selsema le pulak.
So sepanjang hari berlingkar je atas katil. sambil2 tu dok browse tgk recipe2.
Sekali tekak rs nk mkn pulut kuning pulakkk. Gila mengada tekak org puasa ni kan?
aku google.. cari recipe. siap screenshot kat ipad. besar skit nak refer nanti kan?
Laaaa senang rupanya nak buat pulut kuning ni. cheh...
selama ni tau makan je kan??

Pulut kuning:
  1. beras pulut (500 gm)
  2. santan pekat
  3. serbuk kunyit (1 sudu)
  4. daun pandan
  5. garam
  6. asam keping (sekeping)
  7. daun pisang (alas kukus)
  8. air (to rendam beras pulut)
  9. lada hitam (less than 10 bijik)
Cara2:
  • rendam beras pulut dgn serbuk kunyit and asam keping. dalam 2 jam.
  • panaskan air... letak daun pisang as lapik. tapi umah aku kan mana nk cari daun pisang. pokok pandan je hidup segar bugar. So, aku amik daun pandan byk2. aku jadikan alas tu. settle!
  • toskan beras pulut. (buang air & asam keping tu)
  • kukus beras pulut & daun pandan.. around 30 mins. sampai nampak pulut tu dah 80% masak.
  • angkat... 
  • campurkan garam dlm santan.
  • masukkan santan tu sikit2 dalam pulut tu sampai nampak pulut tu moist.
  • campurkan lada hitam sekali
  • kukus semula pulut tu. sampai masak. rsnya lg 30 mins.
  • dah siap!!!


nilah rupa pulut kuning aku on Ahad pagi.
time masak sabtu tu hp tertinggal dalam bilik.
Ahad tu kena masak lg coz Kari ayam ada byk lebih.

bibik ni kannnnn...
dia letak lada hitam gila byk!
sabar jelah...

ni pix sabtu tu.
panas2 lagi ni. kami mkn lepas isyak.
aku buat kari ayam nk makan dgn pulut tu.

supper pulut!!
gila sungguh. pastu bising gemuk.

anak sedara shahnun tetiba call kata nk mai umah.
memang rezeki dia.
ingat senang makteh dia nak masak pulut?
budak 2 org tu sgt mengikut daddy derang.
fave pulut.

habis satu FB aku canang pasal pulut kuning aku ni. Muhahahha... biasalah.. org yg jarang2 masak ni. Bila dpt masak benda baru.. dia mesti over kan?? Siap call mak aku cerita. 

Bila tanya Shahnun ok tak? dia kata.. "ok...pandai pun masak kan?"
wellll.... like u dunno me... i only masak when i hv a mood & my tekak wanna eat that (sebab tu la berzaman kannn?) hehehe.

Tuesday, June 18, 2013

Sushi King Bonanza RM3.

Ni kejadian semlm yer puan2.
Actually aku tau ni sejak last week.
For area Selangor, KL and Sabah. Start 17 - 20 June 2013.
Tapi kena ada Sushi King card.
Last week aku pi beli card dia. Rm10. Beli kat SK ikano. Share dgn lelek. Hahahha. Card pun share okehhh!

Kuar opis pkl 12pm. Dh baget sure ramai org sekali tak pun.
Dia bg 45 mins je nak mkn.
Gigih aku sambil dok telek sushi2 kat belt tu. Sambil snap pix.


 
ni iklan dia. cepat ada lg 3 hari.


 
nampak muka2 gumbira tu. pastu bising kenyang mcm ulaq sawa. ok.. esok ai posa k.

mata aku cari salmon je. ni aku mula amik.
nama dia tak tau. yg aku tau ada salmon je.

ni serius sedap. dlm tu ada mcm tuna.
if plate purple. normal price rm6 rsnya.


 
tu plate org sebelah aku. gila tinggi hoih.


 
tempura pun aku amik.yumssss


 
yang ni sumpah paling sedap. patutlah lieya latif fave ni. aku amik ni 3 plates.

ni pun aku suka coz crabstick. tp plate pink je kot.
ok tak berbaloi. nak pi mkn cari plate purple or red je. baru worth.

 
ok... surrender aku.
max 8 plates je aku leh mkn.
lelek mkn 12 plates.
total kami mkn dgn cold tea 1 jug. rm67++.


oklah kan. if takde promo ni tak taulah bila aku nak pi mkn kan?

so... pi la semua serbu Sushi King k? tapi make sure ada member's card dulu.