Nuffnang

Monday, July 6, 2015

JB - Day 1

Date: 01 March 2015
Venue: Subang Skypark + Silka Hotel + JPO + JJCM (jalan2 cari makan)

Remember this ENTRY? Kan aku dpt lucky draw 3 days + 2 nights stay kat Silka JB, pastu budak2 yg dpt voucher car rental PRAC, sedekah kat aku vou tu, coz derang kompem x kan guna. Alhamdulillahhhh...

So, memang x de alasan x nak pi Legoland lagi. The boys yg paling excited coz dah lebih setahun dok pujuk makpak derang pi Legoland. Tp dh dpt mak puteri lilin.... asyik kena reject je proposal tu.

Lepas tu Firefly ada pulak buat promo. Return tix sorang dlm RM70++. ok sgtlah tu kan? Dekat skit from umah.

So,.. Budget for this trip

Firefly tix (2 adults + 2 child) = RM320
Car Rental PRAC for 3 days = FOC
Silka Hotel = FOC
1 Day Legoland tickets (2 adults + 1 child) = around RM280 (ada promo for Maybank cc/debit card. Less 35%)

Save kan?? Part2 travel save ni mak korang sgt expert!


muka happy pagi2 buta dh paw mak derang dgn kinder joy.

First time naik Firefly. Baru tau kena jln ala2 mcm LCCT nak pi naik aeroplane dia.

ok thats the plane.
Aku sepanjang dlm flight, dok peratiii je kipas tu.
rasa dekatttt sgt dgn cermin.
over sgt imagination.



 Seat dia 2-2. Masuk2 je si hazry dah tanya "Kenaper takde tv mommy??? Adik nak naik aeroplane yg ada tv. yg ni tak beshhhh".
ehhhh....jgn byk ckp nak, Makpak ko malas nak pi klia tu.

dpt blueberry muffin & soya drink.

aku kan FM collector. So dpt la satu FY punya FM.

sampai2, budak PRAC tu dh sedia tunggu kat airport.
kami amik the cheapest car that is SAGA BLM. Baru gak kereta tu.
plate number wilayah. So, if sesat ke apa ke, takdelah malu kan.

apa2 kita wefie dulu.
Last aku mai JB lepas SPM ok. Masa rombongan cikgu Enon nak pi Spore.
So sila imagine berapa puluh tahun yg lalu tu??

1st pit stop.
Kacang Pool Haji kat bomba.
Kami budget mcm terer je kan. padahal semua waze je. So Shahnun drive,
aku tukang pegang hp & waze. 

Nin diaaaa.... 
Ok sedap la, for tekak kami.
Tapi rasa lebih kurang je mcm kacang pool aku mkn kat restoran bisik2 kat shah alam.
So org shah alam, takyah pi jauh2 nak mkn kacang pool. Sini pun ada.


budak diva ni je konker aku punya.

aku order gak ABC special kedai sebelah.

Then, kita sambung on Waze, kita cari kat mana Silka JB.
ok dah sampai. Derang kata before ni nama dia Dorsett JB.



 boleh check-in awal coz room available.

kami dpt Business Suite.
Cun, besar, tapi ada 1 king bed je.
ada ruang lepak2 tgk tv and sofa. So, hardy tido kat sofa je.

masuk2 bilik nampak area tgk tv ni dulu.

hardy b4 apa2 dah kalot suruh on tv nak tgk dpt channel apa.


 oklah.... neat and tidy.


tgk sapa rasmikan katil ni dulu?
haaa lompattt..lompattttt
kat depan katil tu ada lagi satu tv.


 kat area tgk tv tu pun ada own bathroom & mini drawer.
So hardy eksyen x mo mandi kat bathroom kami.

eksyen okkk.. siap tutup pintu fefeling nak privacy.

pastu semua dh menggelupur nak mandi pool.
So daddy derang le layankan.
aku kim salam.
dah le panas gila. tak pandai berenang pulak tu.



So aku jadi tukang jaga towel je.


then, lepas zohor,
semua dh lapaq. kami gerak nak pi cari murtabak cheese or Kat sana derang panggil Murtabak Majid.
tapi sampai sana, manusia punya queue... dia ckp, order dulu, bayar, nanti mai collect je.
So lepas order, kami google mana beriani yg sedap area situ.
ramai recommend "Abah Beriani"
So, tadaaaa...
ok... sedap! aku amik beriani daging.

the boys both zzzz dlm kereta penat swimming.

 Lepas habis mkn nasi,
kami pi balik nak collect murtabak cheese kami.
aku mula2 nak order yg Jumbo. (yer mak tamak yer).
tapi jumbo habis. ada special je. So oklah. amik daging special.
Kedai dia tepi jalan je korang.

dlm kereta tu jugak kami anak beranak mkn.
Ya rabbi koranggggg... sedap i tell uuuuu.
cheese dia ada dia mix 3 jenis cheese rsnya.
jenis ko koyak meleleh2 kuar tu.
dgn tebalnya.
puas hari altho rega mahai.






sampai gak JPO.
for me takdelah murah sgt, Baik HarborTown kat Gold Coast murah lagi.
end up aku beli sandal Hush Puppies je, coz Crocs aku tetiba melecet kaki.
cisss...


ni sandal aku bl.
bolehlah tgh darurat ni.

video
 balik hotel the boys bising nak mandi lg.
So tgklah aksi si hazry berenang.
mcm anak katak je. hahahah






 malam kami kuar jjcm seafood pulak.
aku tak ingat kat mana, tapi food dia biasa2 je.
Bagan Lalang sedap banyak.





muka org lapaq & tak puas hati coz food x sedap.
heheheh

pastu kannnn... ada kejadian berlaku.
Waze cari jln nak pi Danga Bay.
sekali tersalah masuk lorong, kami masuk lorong nk masuk spore.
Time tu nyesal x bwk passport. if not buleh masuk spore seround.

x pasai2, kami join queue dgn org2 spore.
sib baik plate no wilayah, so dgn muka tebal shahnun masuk office imigresen tu, tulis report bagai, baru buleh buat u turn masuk msia balik.
tapi still kena byr toll.



Sampai gak Danga Bay.
Dah mcm pesta penang pulak. ada ride2 mcm ni.
So the boys naik la train pusing area situ.
while mak derang dok tercongok kat tepi dok halau nyamuk.


to be continued..... Legoland...