Nuffnang

Tuesday, July 16, 2013

tayar oh tayar...

Ni kejadian sabtu merangkap ke isnin…
Sabtu pagi tu semangat aku bgn gegar hardy soh mandi. Nak bwk dia pi tgk wayang. Aku punya GSC FOC tix ada lg 2 tak guna2 lg. expired 20 July ni.

Shahnun takmau ikut. Nak sambung tido katanya. Takmau sudahhhh…
Semangat mak & anak dh siap ni, dgn si hazry2 pun dh siap galas beg dia. Coz perasan org nak bwk dia pi sekali. Padahalll.. bwk dia pusing2 area tmn je pun. Tu pun dah bahagia sampai ke petang.
Hahahah.. sian ko dik.

Time nk hantar hazry masuk kereta, aku ternampak tayar belakang keta aku flat!! Okeh.. part tayar2 ni aku paling x suka. Coz kereta lama dah jadi sekali. Aku tak perasan tayar flat, relax je bwk pi kedai luar tmn. Sure org keliling heran, pompuan ni tak rasa ke tayar dia flat? Aku tak rasa actually, tapi aku mcm rs bila corner, bunyi tayar pelik skit. kikiki

oh kemekkkkkk

nampak budak over dah siap galas beg tu??

So, dah tayar flat, mood nak bermovie pun dah hilang. Nak bwk keta shahnun pun tak de mood. Coz nk settlekan tayar keta ni dulu.
Call shahnun, kalot dia turun check. Sib baiklah kami ada etica insurance dpt FOC cover breakdown tu kan? Aku call je hotline number. In 45 mins, sampai le abg sorang tu naik truck, mai tlg tukar tayar. Sure dia nyampah kan? Nak tukar tayar pun kena panggil dia? Sah2 ada laki tu! Mintak mahap le bang, laki saya bab2 tukar tayar ni fail. Tools pun aku rs mcm tak cukup je.

Dah tukar tayar spare, terus aku kuar berdua dgn shahnun pusing2 s.alam, nak pi tampal tayar berlubang tu, nak swap tire & balancing, alignment terus. Tapi gila ramai org. ada satu kedai area umah aku ni soh dtg balik pkl 2pm.
2pm shahnun pi sendirilah. Sekali balik dia ckp.. rupanya semua tayar keta tu dah crack!! Ok. Laki bini dah cuak. If crack bahaya nk travel jauh2. Buatnya meletup tgh highway tak ke naya.
So, ahad tu di habiskan dgn google cari kedai tire murah and bc review, tire apa elok for forte.

ahad tu baru aku bwk hardy pi tgk Pacific Rim kat Paradigm Mall.
eh iklan jap...
sapa2 suka transformers, pi la tgk citer ni k?
best gila!!

nampak tak crack kat tayar tu? ni bahagian dalam.
sebab tu kami tak perasan langsung.

Isnin nak pi kerja, aku tgk angin tire aku mcm kurang lg. aiseyman… x leh jadi ni. Dgn shahnun2 aku paksa ponteng. Ajak dia terus pi tukar tayar hari tu gak.
From forte group/forum, the best tire is still Michelin le kan? Tapi tgklah rega dia. Sebijik dekat rm500!! Sawan apa? Takpayahhhh… kita cari yg setaraf dgn kita dah.

Tapi ramai recommend Continental, murah from Michelin but performance ala2 dia la. Pi tanya kat kedai2 tire area s.alam, rata2 sebijik rm380. Sekali ada terjumpa iklan kedai kat area Sentosa, Klang. Sebijik rm315!! Oh emmm geeee… murah byk tu. Zassss.. terus pi kedai dia nk check. Takut manalah tau, dia bg murah.. tapi tayar lama kan?

Kedai dia takde grand mana, dia kat area NSK Sentosa Klang, satu row dgn petronas.
Tapi memang tire yg dia bg tu yg baru… week 18, year 2013. Meaning manufactured in May 2013 la kan?

Dan2 time tu aku rs diri terer pasai tayar, tayar tebal 55? Tebal 45? Rim 17? Bla bla bla.. rs diri macho kejap. Padahal aku dok nganga je dgr shahnun dok sembang dgn tokei kedai tu. Hahahah

tu dia...
nama model tayar ni kat pelekat dia tu.

dah siap pasang.
amboih cik wud... berkasut raya yer??
tolonglah bertahan sampai lebih 2 yrs.
ko mengada2 lagi ada aku tukar pakai viva je nanti.
eh bagus gak kan idea? beli viva pakai pi kerja.

ni address kedai tu,
basically kedai tu memang jual tayar murah from kedai lain

*note - pagi tadi bwk keta rs mcm bwk keta baru je. smooth & senyap gila. oh ai loikeeeeee

4 comments:

lieyalatif said...

hahahaahah pic dobot tu lawak ko...sian die..tetap le menjadi mangse keadaan...tapi seb baik die okey asalkan pusing2 naik kete dah hepi ....

haaa mcm paham2 jek cik wud ko tu...dah nak lik raye kan...harus nak kasut baru kekeekekek....perjalanan selamat jiwa bahagia kekdahnye kooo...

onniesham said...

sian dobot...ko kelentong ngan mummy ko jer... bwk pusing taman jer... menangis sket 1 round dobot...hehehe

keta dah brkasut raya baru... tuan tanah kedaung x beli kasut raya lak ke???

elly nadyra said...

tayar crack bahaya ye puan hirda
aku ada byk experience pasal tayar keta ni, flat tah brapa kali, drive sampai rim kemek, tayar meletop tgh drive elok2 turun bukit kat selekoh hway, seb bek aku tak terbabas aje kikikikiki tapi alhamdulillah selamat aku dr segala bencana

Ridz Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.