Nuffnang

Monday, June 17, 2013

Ikea 25 hour cook off

Korang ada pi IKEA tak last friday??
Aku piiiii... Tempat wajib tu. nak2 pulak bila ada sale2 camni. Lagilah laju kami pi.

Sesungguhnya aku tak tau contest apa depa buat. Yg surenya ikea buka 25 jam. On friday 14th June tu.
And ada selected items yg less sampai 50%.
Eloklah pulak rabu tu. Cermin ikea kat meja mkn aku ada sekeping jatuh pecah.
Memang kena gantilah. Malas nak beli the same old cermin.
Kita cari cermin baru.

Then.. Tgk offer kat ikea... Wahhh mcm paham2 aku nak cari cermin panjang.
STAVE mirror from rm129 jadi rm69!!
Cuma sale tu start 12 midnite. Oh... Small matter. If shahnun takmau ikut pun buleh je aku nak mai sorang. heheheh


 
dalam ni ada free hotdog and ice cream coupon.

snap pix nak tunjuk kat shahnun for approval.


 
stress aku tgk sofa ni. time aku beli taknak le pulak ko nk buat sale kan.

my partner in crime. sapa lg kan? shamsinar la.... dia kan duta ikea. catalog ikea tu dh leh hapal. hahah.
pkl 10.15pm aku and shahnun kuar umah. dobot dh zzzz... hardy pun aku tinggal. coz dh tau camna sesaknya nanti kan.
ni kami tgh mkn foc hotdog and ice cream. siap beli chic ball lg tambah. time ni dh 11.30pm.

aku terus tarik shahnun masuk dlm pi cari mirror tu siap2. memang rezeki kami. tinggal around 10 keping lg. terus kami amik 2.
motip apsal nk amik 2 pun tak tau.
tapi konon murah kannnn.
belilah lebih. satgi dh balik umah dok menyesal pulak.
pkl 12am. tu diaaaa... org dh start queue nk byr.
termasuklah kami.
settle byr... balik.. singgah mamak supper roti tampal. esok aku nk posa.

tadaaaa....
siap pasang esok ptgnya. tool bag pun tak sempat ubah. lol
terus feeling ikea gaklah. fr mirror + table cloth 
+ lapik pinggan + teko.

Friday, June 14, 2013

Puting story

Happy FRIDAY ols....
wahh kejap je dah friday kan? pastu esok dah leh bongkang bgn lambat. bagussss...

aku rasa aku tak pernah share pasal puting the boys kan? aku dh pernah share pasai stroller, diapers, clothes, etc.
tapi puting aku lupa nk cerita?? heran bin ajaib!
padahal tulah benda alah kesayangan the boys. Takde puting leh huru-hara rumah tangga oooo...
Ada panggil pacifier, ada panggil soother. at the end of the day.. benda alahnya sama je.

oh.. here goes...
both of my boys memang mamat puting! kalau buleh 24 jam kena ada kat mulut tu.

my choice... aku guna brand NUK je. byk jual kat mana2. Tapi yg aku selalu beli kat Guardian.
ada 2 type. 
1) Latex
2) silicon

Masa mula2 lahir, aku sumbat yg Latex. Coz latex tu lg lembut & sesuai dgn newborn.
Tapi dh masuk 2-3 bulan. tak buleh aih.. Latex cepat sgt kembang puting dia. 
pastu baru aku tukar to Silicon. 

why i chose NUK?
1) sebab bentuk dia kemas & bila baby isap elok je dia melekap kat muka tu. and paling penting. bentuk puting dia yg kemek sikit tu, boleh avoid jongang. penting tu yer puan2... satgi anak aku gigi cam rabbit pulak!
So, try  to avoid cari puting yg bentuk bulat/mentol.
Latex. pix from google


2) Coz dia kalerful and ada corak2 yg kiut2. nanti korang masuklah tgk kat www.nuk.com k? tapi kat mesia tak byk yg secun jual kat overseas.

3) ada 3 sizes ikut peringkat umo. tapi aku tak pernah beli size 3. besar sgt puting dia. takut aku.

4) dia tak jual 1. memang 2 in a pack. So simpan buat stock.


ni dobot dgn NUK mickey mouse.
ni standby puting kat dapur. just in case puting hari2 dia campak merata.
budak ni sorang susahhh..
puting dia x leh pasang pacifier holder tu.
dh byk kali mak dia ni beli holder tu.
konon if dia letak merata senanglah nak cari.
takdak yer..
aku pasang holder tu. max 10 mins. kompem dia dh tarik putus.
abg dia dulu...ok je pun.
takde masalah puting hilang2 ni.


ni current puting dia.


ni aku try beli Avent pacifier pulak.
ni blue color.
reason aku beli?
coz glow in the dark. so mlm2 dia bgn nangis nk cari 'uting' dia..
senang aku nampak dlm gelap.
tapi.. tak tahan lama. kejap je dh putus 2.
and bentuk dia x melekap cantik kat mulut.
So aku beli NUK balik.

ni  another Avent pacifier. white/transparent color and still glow in the dark.
standby dalam hbag aku.
memang dh ada kot2 emergency.
sebab tulah aku tak leh bwk beg kecik2.
segala mak nenek dlm beg.
wet tissue, tissue, sapu tgn, pacifier.
penting kot2 ada time ptg2 bwk dobot pi kedai mkn ke.
malas le aku nk berangkut beg dia kan.
sekali kat kedai nk "uting"!
haaa tak ke haru.
so.. gunalah standby pacifier ni yer.


Kat umah aku now, ada 3 puting dobot. 1 simpan kat dapur. 1 simpan kat living room. 1 yg dia dok isap. pastu 1 dlm hbag aku tu.
Senyum lebaq tokei puting baca ni kan? 


Wednesday, June 12, 2013

Reward for self...

Sentiasa je ada benda nk reward for diri sendiri kan?alasannnnnn.... :)

Actually... Aku ni category fussy. In terms of beli baju or kasut. If x cantik kat mata aku. Jgn harap aku nak beli. Tak kisahlah ko branded gila ke.

The only way yg aku tau aku dh jumpa the right clothes or shoes if when... I see that stuff... And terus something in me said "omg... Hirda ibrahim sangattttt". Meaning memang dh taste aku!

Like this shoes. Almost everyday time lunch hour aku will lunch if tak kat OU... The curve or ikano.
Semua kedai kasut aku dh masuk.
Till last week... Gatai pi teman lelek masuk Isetan.
Sekali aku pusing terus nampak this shoes!! It's scholl.

Gosh... Perfect! Sgt taste Hirda Ibrahim!. Terus try... Zasss beli. Settle in 5 mins. See... Senang gila shopping dgn aku kan?

And it really2 comfy. Korang mcm x tau kan... Aku ni sgt tak suka pakai kasut ballerina. Coz selalu yg aku beli sure melecet jari kaki yg kecik tu.
Sebab tu aku setia dgn mary jane crocs je.

But for this shoes... Sgt2 comfy. Tak melecet lansung. And paling penting... Dia ala2 2 in 1. Shoes but belakang dia ada tali. Mcm sandal pun yer.
So it looks casual. Girly yet still active look.

Aku tak pernah jumpa this type of shoes kat scholl outlet. Kat isetan je jumpa. So.. Sapa2 nak try.. Pi isetan OU k?

Tuesday, June 11, 2013

Happy Bday Daddy....

Date: 1st June 13
Time: 8pm onwards
venue: TGIF, S.Pyramid

dah lebih seminggu baru ada masa nk buat entry ni. Ni kiranya belated bday dinner le ni. coz 31st May tu Jumaat. malas nak kuar. Sabtu tu pulak Shahnun kerja. Eh.. busy sungguh la.
last2 balik kerja, shahnun tanya aku nak mkn kat mana? Aku suruh dia pilih.. dia dok.. uh ah uh ah.. lama benor aih pikiaq! ok.. takyah pening2 kepala. Tanya tuan yg nk belanja ni yer.
Aku tekak nk mkn ribs! So jom la pi TGIF.. haaa settle masalah.
bday sapa sebenarnya ni?? heheheh


 sampai2 parking nampak iklan Monster University ni. melompat hardy. Dia ingat Monster Uni dah tayang kat cinema. Eh bawak bertenang anak! 20 June baru tayang. takyah mintak, nanti kompem makpak ko bwk pi tgk.

bday boys.
both lahir on 31hb.
sorang 36 thn. sorang 1 thn 9 bulan.

clam chowder.
aku order ni.
sedap lg yg Manhattan Fish Market punya.

shahnun order steak apa ntah.

mak yg kononnya nak mkn ribs kan?
tetiba buka menu, terus tukaq pikiran.
nampak dlm menu Cajun chic salad mcm menarik pulak.
sekali sampai..
ehhh memang menarik punnnnn...

FOC meals for kids.
chicken fingers and fish.

habis licin fish si dobot makan.
puas ati bwk dia.

last baru ada pix aku & the boys.
ya rabbi semaknya meja.

Happy Bday Yang...
semoga panjang umur + murah rezeki + diberkati hidup dunia & akhirat..

Monday, June 10, 2013

Gila mengemas...

Tetiba kan? Pagi2 Isnin title gila mengemas.
Aku tak ingat bila last aku pegang vacuum. Yg sure. Vacuum tu shahnun yg rajin guna.
Aku kan very tradisional. Penyapu gak yg best.

Sabtu... Shahnun kerja. So... Lepas bgn tido. Aku x tau nk buat apa.
Lepas mandikan dobot. Bg dia mkn... Dia sambung zzz sambil tgk toy story.
Aku bwk kuar vacuum. Aku vacuum bilik aku and semua bilik2 lain sekali. Ehhh... Best rupanya. Pastu tukar curtain bilik and living room.

muka dh stone nk zzzz

Curtain dh siap berminggu. Tp mood rajin lambat sikit sampai.
Aku antar kat abg tailor yg selalu pi opis sham. Dia amik 4 panel tu rm100.
Oklah kan?
Curtain pulak beli kat Jakel. Yg jenis blackout. Memang gelap bilik. Murah je ni. Beli time Jakel tgh buat sale.

 feeling kiut2 dgn curtain bunga2 gini.

matching dgn sofa merah mak ittew...

Stop jap coz lunch. Aku masak ayam masak kicap and sup sawi je korang.
Pkl 4pm pi antar hardy pi taekwondo class. Pastu aku & dobot pi saloon. Potong rambut. Haaa... Amik ko. Mak and anak potong rambut sekali harung. Lega tgk rambut dobot dh pendek.

muka nk nangis time tunggu aku potong rambut.

Esoknya... Pagi2 lepas subuh x leh tido dh. Dobot demam.... Sian dia... Merengek panggil 'bibik'. Hoihhh sentap mak ko tau... Aku yg penat2 beranak... Jaga mlm2... Bibik jugak yg di ngigaukan.
Terus aku bgn... Buat porridge kat dia... Terus prepare lunch. Bibik as usual.. Kerja dia dobi baju.. Iron baju. Tlg2 potong2 kat dapur.

Habis masak pkl 10am. Mood rajin nk vacuum x habis lg nihhh....
Aku usung vacuum bwk turun bwh. Pi vacuum kereta!! Habis celah2 hand rest aku vacuum. If aku buka car wash sure org menyampah menunggu. Berejam meng-vacuum. Kikiki...
Pkl 12pm. Kami 4 beranak dh settle melepak dlm bilik. Golek2 bg dobot tido.

By 5pm shahnun ajak aku kuar jjcm. Dia teringin nk mkn nasi tumpang. Google punya google.. Jumpa kat Kelantan Delight.
Panggil bibik... Soh mandikan the boys... Pastu slow2 kami kuar umah. Dh mcm pencuri.. Punya lah x nak bg the boys perasan.

aku teringin nk mkn lopeh.
Lopeh dia lebih RM5.
tapi sebab sedap. aku pejam jelah mata.
punyalah menikmati kan?

ni rupanya nasi tumpang.
RM18.
ayam goreng dia tu dh mcm ayam goreng kat Serai.
tapi serius sedapppp..

aku order mee bandung.
RM15.
pun sedappp...

Balik umah.. bwk the boys pi playground. Tapi aku rs aku mcm kat taman perumahan indon je. penuh indon bwk anak2 derang main situ. bukan anak majikan ok... anak derang sendiri!! 
Malam tak yah makan.. diet pulak. tapi dlm pada diet tu siap soh bibik goreng kopok lekor gak. kikiki...


Friday, June 7, 2013

Lelaki Idaman....

Happy friday ladies...
Apa ciri2 lelaki idaman korang??
As for me... Sejak kecik coz bapak aku sorang je man in the family. So ciri2 lelaki idaman mestilah ala2 mcm cik brahim.

1) tinggi
2) kurus
3) pendiam
4) not a smoker
5) rambut straight ala2 aaron kwok.

Tambahan.... Left handed!!!

Sebab tulah agaknya aku pilih Shahnun kan? Coz dia jelah the only guy yg tinggi and kurus yg aku pernah couple. Hahahaha.
Tapi dia x left-handed. Takpe2.

Usaha to hv someone yg left handed in my family di teruskan.
Anddddd..... Now rsnya mcm dh kompem.
Anakanda dobot is a lefty!!

Suka gila mak ko dobotttt.... Dan2 rajin beli color soh anak practice.

Terus mak ko berangan...
If besar nanti ko maintain dgn rambut straight halus camni...
Rajin pulak kemas umah..
Alim warak..
Left handed pulak.
Oh tak lupa tinggi gak....
Sure ko menjadi idaman ramai (tu pun if pompuan2 tu citarasa cam mak ko lah kan).

Tuesday, June 4, 2013

Gold Coast - Theme Parks Promo package

Halu ols,
ada sapa2 out there yg plan nk pi Gold Coast this yr till June 2014?
Tu AA tengah buat tix promo. Pi la tgk yer. Just to share for those yg dah ada plan nak berholiday to GC. Now you can beli siap2 theme park package dia online. But.. take note ya... MUST buy BEFORE 30 June 2013. ada few choices.

ni VIP pass for 3 theme park.
AUD99.99/pax.
for unlimited entrance to Movie World + Sea World + Wet n Wild.
boleh masuk hari2 till 30 June 2014.
untung kan sapa duduk GC time ni. amik ko setahun ko masuk 3 theme park ni free.
for me it really2 worth it coz if beli asing2, satu theme park pun dah dekat AUD90++.
So, belilah package ni. Siap ada buy 3 free 1 lagi. lagilah untung kan?
You can go to this link HERE

this is price for 1 day ticket to Dreamworld pulak.
Adult - AUD84.99
child - AUD49.99
Quite expensive kan?

this is Unlimited World Pass to Dreamworld + WhiteWater World till 27th June 2014.
Unlimited Entry to Skypoint Observation deck till 27th June 2014. 
(jgn tanya aku apa benda skypoint ni. aku pun x habis survey lg. hehehe)

only AUD99.99 - adults
AUD69.99 - kids
You can go to this link HERE

For us, if we go to GC, only 2 theme parks yg WAJIB nak pi. That are Movie World and Dreamworld. SeaWorld tu oklah kot. Rsnya mcm ala2 Ocean Park jugak.
Apsallah derang tak buat package Movie World and Dreamworld sekali ni?? if not save dah budget. :(

*update (July 13) - aku perasan website dia dh remove word "purchase before 30 June 2013" tu. Meaning promo ni di extend lglah tu. but dia x mentioned pulak till when, so.... to my blog reader, U still have time to purchase the tixs. Kami dah beli pun last week. ;)