Nuffnang

Friday, December 26, 2014

Tokyo - Day 2 (Tokyo Disneyland) - Part 1

Date: 20th Nov 2014
Time: 8am - 11pm

Day 2 is the day we've been waiting for... Disneyland Bebeh!!!....
Subuh kat sini around 4am++... lepas subuh aku dh prepare bekal sandwich + biscuits + cereal nak bwk masuk dlm DL.


DL buka pkl 8.30am. by 7.30am kami dh gerak naik Disney Cruise shuttle bus to Bayside Station.


 nak kena beli tix kat mesin. Ni mak lemah ni. terkedek2 menekan.
kami beli 2 days unlimited tickets coz esok nak naik lagi pi Disneysea pulak.

ni route Disney Resort Line. dia pusing2 4 stations ni je.

ni ticket dia. 
Price korang tgk balik entry "Tokyo - Preparation & budget"



 si kecik pun sibuk nak gak masukkan ticket.
beret + jacket + muffler + boot adalah recycle from London trip yer puan2.
toksah nak feeling2 org kaya sgt yer hirda, tiap kali trip kena beli jacket baru. pastu buat semak almari je. Pakainya setahun sekali. lainlah msia ada snow.
tu pun aku dah cuak takut tapak boot aku lekang. dah setahun lebih x pakai.
sib baik elok bertahan. ai lap u lah boot.

ok train dah sampai.




 mamat puting tu kat sana mulut bersumbattt je,
spoil picture kita dik oiii...

Nampak org berduyun2 datang fr Maihama station?
if from Maihama station, kena jln kaki dlm 8 mins, baru sampai DL.
terus mak bersyukur kami decide nak duduk hilton tokyo bay,
If not jenuh berjalan and bila lepas DL tutup, org ckp memang pack gila nak tunggu train kat Maihama station ni.


 ni tgh queue nak masuk. Kami sampai 8am, tapi queue nak masuk dh panjang gila.
padahal tu pi weekdays tu. Depa kata if weekend double ramai.
time ni memang sejuk, cakap dah keluar2 asap dah. Tapi so kecik tu sampai gigil2 takmau pakai gloves. Last2 tak tahan sejuk, offer gak nak pakai gloves. haaa tau pun kan sejuk?

tapi aku tgk org2 jepun relaxxx je takde beriya dgn gloves bagai. korang jenis kulit apa ni weih?


 ni tgh queue nak scan ticket.
Ticket kami dh beli online siap2 fr msia.
just print out and scan je nanti.

ni ticket dia. esok nak masuk DS guna same ticket gak.
nampak barcode bwh tu, sapa beli tix online, will get fastpass gak, Tapi tak semua ride ada offer fastpass. Nak dpt fastpass ni, kena pi queue kat mesin fastpass and scan each of the barcode.
nanti aku cerita in details ya.

tadaaaa... mak yg paling over!
tak sangka merasa gak kami sampai Tokyo DL.

hazry bising nak snap pix dgn Olaf. Dia ni pantang nampak snowman..semua olaf.


masuk2 nampak this hugeee xmas tree.



ni pun wajib pose. statue Walt Disney dgn mickey mouse. If korang noticed belakang2 tu org2 jepun dah standby kat tepi2 jln nak tunggu parade pkl 10.30am.
Sewel kan? parade lagi 2 jam kot.

1st, kami pi sini.

cukup susah nak cr pamphlet in English.
dapat gak from one of the staff. 

kat sini, memang ada staff yg will arrange all strollers yg kita park tu cun2.
takde ada gap kosong.
kagum aku.


 we have to queue for 80 mins for this ride.
ride ni ada gak fastpass, tapi nak queue amik fastpass.. MasyaAllahh... panjang gila. entah2 lagi lama fr queue nak naik ride.
Thank God mood the boys sgt2 ok pagi tu.


 ride dia ala2 mcm Buzz Lightyear astro blaster.
just that dia bg mcm torchlight and kena suluh logo2 "M" tu.
septah haram x paham coz semua ckp Jepun.
elok kami keluar from ride ni dah dekat 10am.

so terus kami pi duduk nak standby for Xmas Parade.
sian lapaq kan semua. sib baik bwk bekal biskut, roti, etc.

kami duduk kat area main roundabout.

ok parade dh start.


 kat sana, semua org2 jepun bwk alas for derang duduk.
sib baik aku bwk shawl. so kami duduk atas shawl je.

budak ni tak puas hati terus berdiri sambil babai2.



byk pictures, aku letak skit2 dah le k.
nanti parade tu will stop depan kami. lama... pastu the dancers will menari2 lagu xmas. dah ala2 xmas parade HKDL jugak skit2.

dah mcm miss world ko babai dik.

hardy tlg amik video. 
tapi video yg dia amik, aku tgk balik, aku yg pening.

dia x puas hati. dia pi ubah duduk kat 2nd row.


 time ni hazry excited sgt nampak snowman.

tapi sentap coz "olaf" tak bg high-5 kat dia.
sian anak aku.


 dah habis parade, kami gerak nak pi area castle pulak.
kat sana ada byk itik. jinak2 pulak tu. hazry selamba je leh pegang2.

ni kat center area.


 1st time aku tgk castle dia depan mata, i was like "cantiknyaaaaa".
memang lain fr HKDL punya.
kat depan2 castle ni ada mcm bench byk2 for tgk show mlm nanti. Tix dia FOC je, cuma kena pi information counter and cabut lucky draw. if lucky dptlah duduk kat kerusi ni mlm ni,
kami x pi pun. nanti tgk fr tepi2 jelah tonight.

tq to the minah jepun for this lovely family pix!


then kami masuk dlm castle tu. Dalam ni semua brg2 dlm cerita cinderella.
kami masuk ni dulu coz by 3.30 dia dh tutup.

hazry mengamuk tak mau masuk.
dia kata cinderella girl. dia boy.
dia dok ajak pi rumah olaf.
confuse makpak ko x paham mana rumah olafnya. jenuh dok pujuk.

nak masuk sini pun queue jugakkk..


kena naik lift.. naik atas castle.

kat dinding dia, ada la cerita bergambar.
ok ok.. we pass... coz sah2 semua org tau cerita dia kan.


 yg ni cute... semua bergerak2, tunjuk camna the animals buat baju dia.

yg ni paling best. kagum gila kami.
patung2 ni dlm bekas kaca.
ni before... cinderella still berlemoih lagi.
pastu....

pling.. terus bertukar.
ulang2 kami tunggu tgk camna dia bertukar.
tapi till now aku still x tau camna depa buat.

ni cinderella menari2 dgn prince.

ada class slipper.
tapi queue nak snap pix kat sini pun panjangggg...



 lepas keluar kami suruh hazry tunjuk mana rumah olaf yg dia melalak2 nak pi sgt tu.
korang tau mana rumah olaf dia???
one of pintu besar tepi castle tu je!!!
beriya anak aku dok ketuk2 "olaf...olafff.. butaklahhh".
*pitam
pastu selamba dia bgtau kami.. "olaf takde lumahlah mommy..oteylah jom kiter naik menan lain".

kami pi area buzz balik coz nak beli bekas pop corn ni.
Price mcm dlm pix yer.
yg left tu dumpling inti choc + strawberry + custard.
aku bl the enxt day kat dlm DS coz x leh tahan tgk bekas cute dia tu.
kat sana, beli bekas tu kosong dulu,
nanti dia bg pop corn voucher.
nanti korang pi la pusing2 dlm tu cari stall jual pop corn.
coz sana ada mcm2 rs pop corn. caramel, honey, salty, chocolate, white choc..
cuma x sure mana letak stall2 dia ni.

kami terjumpa stall honey pop corn kat depan ride Pooh.
oklah amik jelah. malas nk pusing2 cr pop corn lagi.

lepas tu ride kami aim nak naik is Haunted Mansion. terus kami patah balik pi area Fantasyland.

 nampak manusia ramai2 tu. tu semua queue nak masuk its a small world ride.
queue sampai ke jln!!


sebelah Its a Small world ride is the food court. Gila besar.

tapi queue panjang gila ok kat Haunted Mansion tu, sampai ke jalan.
Hanted Mansion ada fastpass. Kat fastpass machine takde pulak org queue, bagus!!
terus kami pi amik fastpass.
cara2 dia yer puan2, ticket masuk tadi, kena lipat2 nak slot masuk nk bg mesin scan barcode.
so 1 tix for 1 fastpass.
nanti dia will print out fastpass ticket. kecik je. and ada time pukul berapa ko kena dtg balik for that ride. in this case, fastpass kami from 4-5pm. 
oklah boleh kami pusing2 naik ride mana yg available dulu.

sekali tgk Philharmagic x ramai org.

terus kami decide naik je apa yg tak ramai org. Waima dah naik pun ride ni kat HKDL kan?


pastu naik ride cawan pusing2 tu.
kat tokyo nama dia Alice apa ntah. kat HKDL nama dia Mad hatter cup kan?
lepas kami naik ride ni.. dah start hujan... 
terus semua pakat ramai2 beli payung.
kami pun belilah gak. 1000 yen je, sib baik.
then.. hazry pun zzzz. time nilah kami masuk kedai2 souvenir konon nk cr souvenir.
tapi souvenir dia x byk choice ok!
t-shirt langsung takdak.

sedeh sgt. coz maybe nk winter kan, semua jual sweater. Sweater pun min 4000 yen. Gila mahai.
dah hujan, camera terus aku simpan dlm backpack hardy.


tapi kami sempat pi refill pop corn kat area carousel.
this time terjumpa choc popcorn pulak. of refill 530 yen.
then,... ternampak stall jual ice cream.
ehhh ni wajib beli ni.
price dlm 300 yen.
gila kan, sejuk2 siap ujan lebat lg, kami je beli ice cream time ni.
sedap i tell u, sapa2 pi TDL, wajib try this.
for the 1st time, hardy mkn ice cream mak dia x kecoh dok belek kot2 meleleh ke apa.
dah weather sejuk. ice cream pun maintain je x cair sampai habis mkn.

hujan makin lebat and time tu dah pkl 2pm. depa kata parade yg normal cancel coz hujan lebat sgt. Frust sgt ok. So kami decide nak balik hotel for mkn2 and solat dulu.



 sampai hotel, shahnun & the boys naik bilik dulu.
Aku singgah kedai Disney dlm hotel jap.
taking my own sweet time... belek2 brg2 dlm tu.
dptlah fridge magnet dlm tu. semua aku beli.
sudu monster inc tu aku belikan for hardy. x payah berebut sudu dgn adik dia kat rumah dah.

and last but not least....
for the boys. kengkonon mln ni nak tgk parade/fireworks bulehlah depa bwk kan?
satu dekat 2000 yen.


to be continued.... night time @ TDL


My Tokyo Trip



4 comments:

Mimi said...

Yes..the most awaited entry. Teringin nk jejak Tokyo Disneyland, insyaallah..

tiga lalat said...

Salam. Hee seronok ke tokyo.

Anonymous said...

Salam.....I'm yr silent reader....pls update yr entry......seronok baca yr blog

Hirda Ibrahim said...

wsalam cik anon,
wahhh im flattered. thanks.
tgh karang DL-part 2 ni. over sgt entry siap berpart2.
InsyaAllah by tomorrow siap DL-PArt 2.