Nuffnang

Friday, March 21, 2014

Nephew's wedding

Date: 01 March 2014
Venue: Aloq Staq, Kedah Darulaman yg terindah (wah gituuuu)

actually ticket nak balik kenduri ni sejak tahun lepas kami beli. Masa AA promo. Balik kedah flight pagi Jumaat, balik KL flight pagi Isnin. sorang return RM55 je korang. Sekali end up, aku tukar kerja baru, Shahnun pun tukar kerja baru. Haaa amik ko. Padan muka laki bini. Cuti ciput je, ada hati nk cuti lama2.

So, aku segan nak mintak cuti kat boss coz ujung bulan ni nak cuti lagi. So, paham2 sendirilah... silalah burn tix AA tu. Aku beli tix MAS balik hari Jumaat malam, balik sini Ahad malam. Isnin pi kerja.
Gila penat!
Sekali Shahnun pun nak join sekali coz dia nak kena kerja jugak isnin tu. So Shahnun & the boys will balik dulu pagi Jumaat tu naik AA, aku will menyusul mlm pulak. Pagi Jumaat tu sebelum subuh aku gegar semua suruh siap. Coz aku nk hantar Shahnun & the boys pi lcct. Pastu aku terus pi kerja.

Nak jadi cerita hari tulah mcm2 jadi. Meeting sampai ke petang. mak ni hati & minda dh kat Jitra dah ni. Dah terbayang2 nasi ajijun. tgk jam je bilalah nk pkl 5.30pm. Coz nak naik shuttle bus pi KLIA.
mak suka okehhhh.... park kereta seberang jalan fr opis ni je. pastu bus pun kat tepi opis ni dok menunggu.
aku dgn beg besaq oren aku. org2 naik bus tu tgkkkk je. sure dia ingat aku nak cuti panjang pi oversea ke apa kan. Ada pakcik tu tanya... nak pi mana? aku balas nada suara mcm dgr tak dgr je "balik kg". Dan2 ko jadi ayu kan hirda??? hahahah. Malulah tu.

Aku mana reti pack simple2 ni. kalau buleh satu almari aku nk bwk balik.
Sampai KLIA pkl 7pm++. pi drop bag bagai. Bestnya.. KLIA sgt2 tenang je. Biasalah dah setahun x jejak KLIA kan. balik2 LCCT. Sekali flight delay pulakkk. from 8.30pm to 9pm. tapi end up take off dekat 9.30pm gak la. dlm flight aku zzzzz je. tau2 dah sampai. Shahnun dh siap tunggu.
Terus bwk pi umah my SIL.

Sian anak2 aku x sampai sehari x jumpa mak derang, berlari2 si dobot mai peluk. terus "ami... ukung" (mommy dukung). ehhh budak ni.... dan2 tukar jadi manja.


hazry & aisy. cousin.

dgn abg luqman.
habislah bebudak ni dok lenjan pelamin.

aku sampai Jitra umah parents aku dekat pkl 12. Kami singgah tapau kueyteow goreng for supper.
pastu aku sambung buat kerja opis sampai 3am. huwaaaa.... sedeh tauuuu....


esoknya. before gerak pi umah kenduri.
kita pose2 dulu.

ni masa tgh mood baik ni. elok jelah korang berpeluk.
if not asyik bercakar je.


daddy & the boys.
tu apa duduk x senonoh tu abg???

aku pun nak jugakkkk...
dah rs mcm pagi raya pulak.


kat kenduri, hardy aku x amik tau dah. pandai2lah dia nk main dgn cousin2 dia.
aku cuma dok tgk2 kan dobot je.

ada marhaban dulu.
that's my FIL.
Dia sgt expert bab2 ni. Dulu masa muda2 dia ajaq mengaji Quran.

Left: my biras
right: my one and only SIL. muka pun dh lebih kurang shahnun kan?
behind: hazry yg mcm anak kucing, mengekoq je mak dia pi mana. spoil tau tarik2 baju lg.

semua kena pakai batch.

theme dia Tiffany Blue.
Depa baru bagitau masa Jan. Sib baiklah time tu pi bandung. So beli jelah kain fr sana.

ada guest book.
Tetappp aku jugak yg rasmikan.

ramai tanya pasai baju aku.
meh aku bgtau k.
aku ni jenis jarang pakai baju kurung.
so bila dpt baju kurung ala2 glam skit tu, ramailah yg tanya.
baju ni kain cotton. aku beli from pasar baru bandung.
dlm RM50 price dia.
penat pusing satu pasar baru. satu kedai ni je aku jumpa kain yg memenuhi citarasa and kena dgn theme color.
siap ada rama2 lagi. sukaaaa..
tudung pulak fr Pasar Siti Khadijah, KB.
dah lama tak pakai bawal, sgt pelik ok!!

pix di snap by anak sedara.
kikiki

cousins.

ni ucapan aku.
excuse the handwriting. 
aku kan dulu cita2 nak jadi doctor haiwan.
tapi x berapa nk cerdik. tulisan doctor pun bulehlah.

ada photo booth & candy buffet jugak okeh!!
kellassss wedding org2 kita now.
dh mcm bday party je.

org kuat!

pengantin lama.


before pengantin pompuan sampai, meh kita rasmikan photobooth dulu.



alo2 dobotttt....

suka pix ni!!
nampak muka Shahnun pasrah je.
mak Queen ok!! queen!!


time kita dulu takde benda2 ni kan?
so pose kena over & byk sikit.

more anak menakans..

flower girl.


tetiba the boys kena iring pengantin masuk umah.
aiseyyy...

pengantin dah sampai..

oh.. anak sedara shahnun yg guy tu.
1st kenduri for anak2 sedara.

ramai dok berkenan kat pengapit pompuan tu.
tu pun anak sedara shahnun. baru lepas SPM.
memang cantik pun.


tak tau nk letak caption apa dah.


time pengantin sampai tu, parents aku pun sampai gak.
terus aku & shahnun join depa mkn.
Food dia sedap gila okeh!!
aku siap amik name card Caterer tu, kot2 nk buat kenduri adik aku pulak.
bila tu?? hahhaah




pastu ada budak tak habis2 sibuk nk pegang bunga tgn & pose kat pelamin.
So mak ni layankan je lah.
pastu pose ala2 macho... tak mau tgk camera.
adoilah.. sesak dada melayan ko anak oi...

meh kita pose dgn pengantin meh.
semua tak mau pose. so aku join jelah anak2 sedara je.
Semua ni anak2 sedara belah shahnun ok. SEMUA!!
aku sorang je mak sedara.
oh terasa diri tua.


ehhhh sambung lagi pose syok sendiri kat pelamin!

ni family tuan umah aka kak ipaq aku.
kakak sulung shahnun.

time ni patut family pic.
tapi hazry melalak nak guna camera. join abg2 photographer.
so nilah hasil hazry snap.

my PIL with their 1st cucu menantu.

us with the pengantin.

ptg tu balik Jitra, lepas maghrib, kami pi balik umah kenduri.
for buka hadiah & potong cake.

cake dia comel je.




thats from us!!

pastu aku dh tak boleh sentuh camera dah.
Hazry dok usung snap pix semua.
gegar2 picture.
ni one of the pix. 

Monday, March 17, 2014

Dah 6 bulan baru ko nak upload video???

tu diaaaa... dah nk masuk 6 bulan balik fr HK, baru last weekend aku upload video masuk youtube.
Reason is coz baru upgrade pakai unifi, before this pakai streamyx, if upload video kacau the boys nk tgk youtube gak. dah leh menjadi punca kacau-bilau dlm rumahtangga.

TS in Golden Mickey show.
Ni the boys paling excited.

Beauty & The Best in Golden Mickey show.
ni paling mak derang tunggu2. 
Suka gila citer ni sejak sek rendah.

Its a small world ride.
excuse the cameraman aka daddy bebudak ni.
amik video kejap melintang, kejap menegak.
Aku yg pening tgk.

.
Fireworks.
we are so lucky dapat duduk kat row depan.
tapi tepi2 skit.
tak kisahlah janji aku nampak castle tu sebijik depan biji mata.

Last but not least,
short video time bfast @ Enchanted Garden.
Semangat the boys makan.

ok tu je.. bai.


Saya yg dh start holiday mood,
Hirda Ibrahim

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Now dh masuk day 3, mission mencari MH370.

Aku tak tau pasaipa, sejak aku tau berita ni from email yg aku received from company. aku mcm stunt kejap. Time tu aku br bgn tido pkl 8am (8th March 14). Tetiba rajinlah pulak nak buka laptop nak check email opis. Sekali masuk email pasai ni. aku mcm blur2 ckp kat Shahnun.

pastu rajin pi whatsapp dlm group adik-beradik tanya kak aku yg kerja stewardess tu. Tapi dia x balas. Time tu baru terpikiaq. Eh... mana minah ni???
Dahhhh... pastu cousin aku pm kat FB aku tanya, awat dia message kak aku x berbalas. Ok baru start ketaq.
aku whatsapp BIL aku.... and dia balas kak aku pi Paris semlm. Phew... lega satu bab.

Adik aku cerita, mak aku muka pucat lesi  kejut adik aku bgn pagi tu tanya no hp anak kak aku coz dia call kak aku tak dpt.

Kak aku balas whatsapp from Paris... terkejut coz semlm before dia start paris flight dia memang jumpa dgn crew2 for flight ni. Pastu ala2 terharu coz ramai dok call, sms and whatsapp tanya pasai dia.
Ayat dia "tak sangka ramai org sayang aku rupanya". Kami balas "dak, kami kesian kat anak2 sedara kami, takmau depa dpt mak tiri" "if hg takda, takda org yg nk tolong kami beli brg fr Primark."
hahahah.... jawapan adik-beradik sangat menyentapkan jiwa kan???

Mcm2 speculation org dok bg. Lepas aku post status kat FB, ramai komen flight dh sampai kat Nanming. Pastu ada kata salah pulak. ehh.. korang time2 mcm ni info jgn main2 boleh tak?

thari, keluar pi pyramid. otak still dok pikir, "what if... if sedara-mara or kawan2 aku dlm flight tu" "camnalah condition semua org dlm flight tu time kejadian". oh i cant imagine. nak2 pulak bila tau ada 2 infants. Lagilah mak syahdu.

Balik from pyramid, laki bini... x cukup buka Astro Awani, bula laptop sorang satu, hp pulak kat tgn. Mcm kami pulak reporter. Tu gaya bukan ada sedara mara terlibat. If ada, aku rs aku dh sasau dah.

Masa press conference tu, aku sayu gila tgk muka AJ. Kesian sgt, mcm2 hal yg terjadi. Hope he'll strong.
time ni nampak sgt, we Malaysian unite as one. tak kisah ko bangsa or agama apa, semua pray for MH370. Even AA pun buat special post kat FB. Salutelah!

Aku pernah 2x (so far) kena flight yg in bad weather or air pocket ni.

1st masa pi London. Excited ni adik beradik, makpak nk sampai London kan, tapi masuk area India, aku tak sure hujan ke apa.. tapi fligth A380 yg besar bagak tu pun bergegar. Kuat okeh!! Aku dgt mak aku yg duduk kat depan aku dh start baca2 apa yg patut. Pastu terus sign fasten seat belt tu bernyala.
Ok double ketaq. Pilot announce soh cabin crew pun duduk.

aku rs dlm 5 mins dia mcm tu. pastu dh ok... ingat dh habis la....
tak lama pastu bapak aku bgn pi toilet. tetiba jadi balik. Cabin crew buat announcement, sapa yg dlm toilet ke apa ke, balik pi kerusi coz bad weather. mak aku time tu tak senang duduk, coz toilet nun ujung kat belakang. seat kami depan2. terhoyong-hayang bapak aku balik kat seat.

This time memang gegar yg for me... sgt teruk! time tu aku dh megucap non-stop. baca semua ayat Quran yg aku ingat. Flight still dok bergegar kuat. Last2... aku tukar channel to Quran. Time tu aku dh redha, if crash pun, atleast aku mati sambil dgr ayat Quran. Boleh??? Sedar diri pun ko tu byk dosa kan?
Time tu aku dok terbyg muka hardy + hazry + shahnun je.
Dok imagine, sian kecik2 anak2 aku takde mak. Camna le condition derang if dpt mak tiri nanti.
Haaa.. gila kan? nampak benor lama flight tu bergegar. Siap aku leh pikir mcm2.

Lepas 10 mins kot. Flight back to normal. aku tgk muka kak aku, kak aku tgk muka aku. semua muka pucat. Pastu tukar balik channel tgk movie. Gila hipokrit hirda!! bukan hipokrit... aku nk tenangkan fikiran je.
Pastu semua diam melayan perasaan masing2.

Lepas landing, baru sembang2 pasai kejadian td, statement adik aku yg buat aku rs nak sekeh sekali...
"aku time gegar2 tu dok pikir.... alaaaa jgnlah terhempas kat sini.... tak sampai london lg. if jadi apa2 sure derang hantar kita balik msia balik. Tak sempat sampai London". Sewel kan???
eh helloooo... if dia jatuh kat london pun, ko tu sah2 dh arwah. Ko nak pusing london camna?? Camnalah dia ni jadi teacher ni??? heran aku.

2nd kejadian masa aku & shahnun pi KB baru2 ni. yg aku tau, kat luar memang nampak awan je. Flight tu bwk redah je awan2 putih tu. Gegar dia teruk jugak. Tapi still x leh lawan gegar masa aku pi london tu. Derang kata coz Air Pocket.

Time tu, apa lg buleh buat kan, aku mengucap jelah.... pastu lagi sekali dok pikir, apa2 jadi, sian anak2 aku jadi yatim -piatu. Sapa nk jaga anak2 aku nanti??

bila kita google semua, memang ramai ckp flight is the safest among all transport. Tapi dh jadi mcm ni, aku dh mcm start fobia nk naik flight. Ada dlm flight nanti aku x tidoq sampai landing ni.

apa2 pun kita semua merancang, Allah SWT menentukan semua. Kita just boleh berdoa and tawakal je.
For MH370 family members and friends. Be strong, our pray will always be with you. Semoga dipermudahkan semua.

note to self... be strong jugak.... coz today kat opis. suasana sgtlah gloomy and dull. :( Semua takde mood nak kerja.

Friday, March 7, 2014

Cubaan2 ber-bento

Orang lain dah berzaman berbento, aku baru nak terkedek2.
mula2 suka benor tgk lieya and iza post pix bento bekal anak2 derang pagi2.
Gila rajin derang bgn masak bekal bagai.
sampai one day, hardy ckp kwn2 dia ramai bwk bekal. dia tak bwk.
bwk duit belanja pi sekolah je.
the way hardy cerita bukan nada sedeh pun.
Nada ala2 budak takde perasaan.
tapi mak dia pulak over sedeh.

mak sorang ni bukan buleh anak cerita apa.. cepat benor tersentuh.
So, aku tanya hardy..
"abg nak bwk bekal ke?"
hardy balas "NAK!!:
dgn muka excited.

oklah.... aku plan bila2 aku free aku belilah brg2 bento kat daiso..
sementara waktu, ko bwklah bekas plastik transparent ni dulu.


time ni aku mc... coz tgn kanan tergeliat jatuh bilik air.
tapi coz janji dgn hardy esoknya dia nk bwk bekal.
so, pkl 10am, aku buat nasi goreng sardin.
letak nasi panas2 tu dlm bekas bentuk love & star tu.
tadaaaa jadi!!
goreng nugget and kononnya nak buat sosej bentuk octopus,
tapi tak jadi coz octopus punya kaki tu taknak pulak kembang2.

for adik pulak, aku bg bekal nugget & sosej.
start kereta pi hantar kat daycare.
semua aku prepare dgn tgn kiri.
terkial2 aku.

balik sekolah, mak jakun ni excited  tanya anak, camna bekal dia?
dia kata sedapppp..kwn dia pun makan sikit.
oklah kan 1st attempt katanya.

dgn tgn tergeliat2 tu, aku slowly drive pi pyramid.
pi daiso beli brg2 ni.
bekas bekal 2 tier. aku saja beli pix bear.
pastu foodpick tu x2.
and tempat buat muka smiley.
tak lupa, seaweed pun aku beliiiii....

ptg tu aku masak nasi lemak kot.
aku buatkan nasi tu bentuk love and buat bentuk smiley kat hazry.
suka budak tu. dia now dh start picky eater.
stress aku.

start minggu tu, hari2 aku bgn pkl 5am.
sediakan bekal for hardy, hazry & aku sekali.

ada sekali tu aku buat spaghetti goreng.
tapi lupa bwk turun hp pulak.
so takdelah aku snap pix.

then, pix atas ni, aku buat bihun goreng.
letak kat tier bwh, aku letak garpu sekali.
deco dgn foodpick.
tier atas aku bg air kotak dutch lady kecik.
settle!!
on the way to office, sempat whatsapp shahnun lg, soh pesan kat hardy..
jgn bg hilang garpu and food pick tu.
hilang.... siap!!!

tapi cun2 seminggu, hardy bg hilang getah ikat bekas bento tu okeh!!
sentap mak. terus takde mood nak masak coz anak jenis tak reti jaga brg.
tapi rsnya ada jual kat daiso gak getah2 dia tu.
weekend ni aku nk cari.

paling latest brg ala2 bento aku beli is fr ebay.

acuan sesame street.
actually ni for buat fondant.
tapi buleh gak for cookies.
satu set ni ada 4 acuan RM8 je okeh!!
free delivery lagi.seller dia fr HK.
aku beli x sampai 2 minggu dh sampai.

ni aku dok berangan nk buat roti bentuk cookie monster pulak.
sure cute!!

Monday, March 3, 2014

Kota Bharu - Day 2

Ok, celik2 mata day 2. Both dh lapaq. Aku dh cakap aku nak bfast kat Kopitiam Kita jugak. Zasss.. kami gerak pi sana.

tu diaaa.. shahnun sampai2, dia dh amik nasi kak wok, nasi tumpang and pulut kot lg satu.

aku order roti titab.
oh dap2nya..

pose dulu!
over tau.. asyik2 muka dia je dlm trip ni.
huh jeles.

ni nasi ayam goreng kak wok.
oklah... simple je.
tapi sedap lagi nasi ajijun kat jitra.
*eh tetiba. hehehe


ni, nasi tumpang udang for cik puan hirda.

memang sentiasa ramai org.

time ni dok survey2 nak mkn apa lg.
gila perut jenis tak reti2 kenyang.

sebab tak puas hati aku mkn habis roti titab tadi,
shahnun order lg satu.
tapi aku tetap makan half!!
muhahahha

perut dh kenyang...
so kami pusing2 area KB, pi pasar pagi kat wakaf che yeh.
oklah.. byk jual bahan basah and kain baju jugak.

cuba teka ni umah sapa??
Umah Nik Aziz ok?
nampak sgt taktau nak pi mana, Shahnun ajak pi tgk umah Nik Aziz.
Simple je umah dia.

attached dgn Masjid lg.

aku ingat tgk fr dlm kereta dah la kan?
oh tidakkkk... laki mak keluar pi duduk depan umah tu ok?

dah gaya org nak pi beraya umah sedara mara pulak.
aku dok diam2 dlm kereta. snap fr jauh je.

balik from umah Nik Aziz,
kami balik hotel nak check out.

btw.. hotel ni nk pi lobby kena naik tangga.

dah nak balik baru snap number bilik.



jom kita pi Pasar Siti Khadijah lagi...
lunch pulak.

this time kami pi kedai yg sama.
udang aku today RM10 sekor. yg kecik skit tu. RM10 for 2.


nasi aku.
konon "kak.. nasi separuh yer"
"alamak kak... apsal skit sgt ni.. tambah skit kak"
sudahlah hirda... dh kaki mkn tu jgnlah berangan nk nasi separuh bagai.

cantik pulak view from atas ni.


tiap kali pi pasar siti khadijah, tempat burung nilah yg jadi landmark kami.
bila nak balik je, nak cari kereta... kami cari mana rumah burung ni, bari cari kereta.

ok dh nak balik dah...


airport KB sgt best.
aku baget ala2 airport alor star je.,
takdenya... food mcm2, from hot & roll, kfc, o'briens, mcm2lah.
counter2 ticket pun byk. pilih je korang nak naik flight apa.

ni shahnun dok try minyak kasturi.
baru tau kasturi tu derang dpt from kantung binatang. rusa rsnya.
aku mati2 ingat kasturi tu from pokok.

flight kami delay.
mcm tak biasa kan? ni aku tak suka flight ptg2 ni. semedang delay.

dah mai 2 org, takde kami nak check-in2 bag. bwk je beg kecik tu 2.
pastu shopping pun tak byk. oklah.
Shahnun muka ngantuk dh tu.


Flight kami 6.30pm. sampai KL 7.30 pm. pi amik kereta samua. pkl 9pm jugaklah sampai umah.
excited the kids jumpa makpak derang. lagi excited dpt ultraman + raksasa + minion.
Pastu tak sampai 30 mins. ultraman pecah!!

Sib baik lah rega dia 3 for RM10. and mood makpak still marbeles coz br balik fr holiday. So, takpelah anak2.. mainlah apa yg ada je.

basically for me, Kelantan best coz nak mkn & shopping kain & tudung. tu je. Lain2, dia lebih kurang mcm aloq star jugak.