Nuffnang

Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya... kami nak balik kg malam ni!!

Pejam celik pejam celik... kejap je dah nak raya kan?
aku dah siap pack baju dah semlm! Gila semangat. Padahal nak baliknya Malam ni or esok subuh.

Aku kerja lg ni, sedar2lah diri, cuti tinggal berapa kerat je. And kami nak balik sini lambat sikit. Tu yg mkn ati tgk org dok post status FB, pakat ramai2 balik kg.
Huwaaaaa.... nak jugak balik kg!

Ni kompem today aku x de mood nak kerja. Tolonglah ramai yg dh cuti & takde byk issue.

This time posa rasa kejap je kan? adakah sebab dah tua2 ni, tak terasa sgt? Masa zaman kecik2 aku rasa bulan posalah bulan yg paling lambat nk habis.

ni masa majlis berbuka dgn saudara2 baru kat MajlisAgama Kuang 2 weeks ago.
BFF shahnun masa sekolah menengah is one of saudara baru. Dia jemput kami berbuka kat sana coz dia buat kenduri aqiqah anak dia.

masa mula2 sampai aku rasa tak mo turun kereta je. Malu tgk diri sendiri.
Gila weihhh.. Altho semua saudara2 baru.
But semua berjubah, tudung labuh, etc.
Aku???
isk..isk.. dgn makeup tebal aku, baju bling2 berlabuci mcm nak pi kenduri, dgn tudung tak tutup dadanya.
Sure derang ingat aku pompuan Siam baru masuk Islam ke apa ni kan??
Tapi they are so sweet. Semuanya ramah2 and nice2. Aku dgn muka tebal pi lah salam dgn geng2 pompuan.
Sambil cakap, "saya isteri kwn Rahman".
hahahha.. sibuk gak nak cakap kan. Konon x mo org ingat aku saudara barulah kan?
ko ingat derang kisah????

budak ni belum apa2, dh mkn 3 potong tembikai.

kiranya nilah 1st time, kami bwk hazry pi majlis berbuka. Tu yg lepas tu berani bwk pi majlis berbuka Opis aku pulak tu. 

Pic aku tak snap pun. Coz mak terus jadi gadis pemalu. duduk tak bgn2 dah. 
For the 1st time, kami berbuka ikut sunnah Nabi. makan kuih2, buah2 dulu. Break pi solat Maghrib berjemaah kat surau. Then, baru start mkn nasi. Time nilah kan, leh tgk camna rakusnya anak2 aku tu makan karipap & kuih2 lain. tak cukup 1, nak lagi!! Cuba kat umah, jeling pun tak. Grrrrrr.....

Oklah Ladies,
ntah apa2 je aku membebel pagi2 buta ni... nampak benor holiday mood melanda. sambil dgr radio sinar fm, main lagu2 raya pulak tu, lagilah syahdu. rs mcm diri kat oversea, tak dpt balik jumpa makpak je gayanya. Gila over kan??

Selamat Hari Raya..... Maaf Zahir Batin, selamat balik kg, selamat mkn ketupat lemang rendang, selamat naik berat badan balik... muhahahha....

xoxo,
Hirda + Shahnun + Hardy Shah + Hazry Shah



4 comments:

lieyalatif said...

hahhaah..tegelak aku bace citer ko ni babe...takpe babe, perlahan2 kite ke arah yg lebih baik....

owh!! aku pun tgh mental kat sini...masing2 dah cuti ko...opis pun berape kerat yg ade nieh....takpe2 aku cuti lame lepas raye, korang naik le keje awal2 hahahahaha

** selamat hari raye utk ko sekeluarga...mohon ampun dan maaf yeak sepanjang kite kenal kalo ade terase hati dgn aku ke ape....

onniesham said...

sabar jer la aku baca... tetiba pompuan siam apahal??? kekeke

kat opis aku rmai lg yg keje ni..l bos aku tarak so hri ni nk amik mood raya jer

selamat hari raya poms.. maaf zahir batin... drive safely k..

Puan Mimi said...

hahah tetiba jadi gadis ayu muslimah yer... aku pun tak balik kg lg. tak de mood langsung nak kerje..

apapun aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dn batin. kalau ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita, harap dimaafkan

elly nadyra said...

Selamat hari raya maaf zahir batin ye hirda, aku cuti 16 hari yeeehaaaa