Nuffnang

Tuesday, September 17, 2013

Recipe - BAMIA

Halu olsss...
bertemu lagi di dapur cik puan hirda. 2-3 menjak ni rajin pulak aku try recipe2 yg mencabar skit. Slow2lah kan. Masak ni kena rajin mencuba and practice. Lama2 sure bolehlah. taklehlah harap hari ni masak esok terus jadi expert kan? If malas, sampai bila2 takkan tau masak. Eh.. terbebel pulak pagi2 ni. hehehe

Ok, last weekend aku try masak BAMIA pulak. 
Bamia ni food from middle east. Org sana selalu mkn cicah dgn roti. tak pedas pun.
Sejak kecik aku mkn coz mak sedara aku rajin masak ni.

Pastu mak aku ada lah few times masak ni kat rumah. Bau diaaaaa.. i tell uuuu... terus rs merecik2 ayaq liuq. 
aku je buleh habis separuh peket roti gardenia tu.

sapa2 yg nak recipe tu.. meh sini aku share. ni aku buat besar periuk corning ware yg paling besar antara 3 bijik ni (tu diaaa.. siap pix lagi aku bg)

pix fr google

BAMIA

Bahan2:
1. Daging/tulang 500 gram
2. Bwg merah dimayang for menumis (5-6 biji)
3. Minyak. Ghee (2 sudu) for menumis.
4. rempah kurma (separuh peket)
5. Tomato Sup Kimbal (1 tin)
6. Kentang (3-4 biji)
7. Carrot (2 biji)
8. Tomato (2-3 biji)
9. Bendi (7-8 biji)
10. Kacang Peas (separuh tin)
11. daun sup/bawang for hiasan
12. Garam

Cara2:
1. Rebus daging yg dah dibersihkan sampai dia lembut. Jgn sampai hancur.
2. Panaskan minyak.Ghee. tumis bwg merah yg dimayang.
3. Rempah kurma dicampur dgn air, bg pekat. then tumis sekali lepas bwg merah tu dah naik bau.
5. Masukkan tomato sup.
6. masukkan daging yg dah empuk. Air rebusan daging tu pun masukkan jugak dak 2-3 senduk. Agak2 rs mcm pekat sgt. tambah lg air rebusan daging tu.
7. masukkan kentang and carrot.
8. renehkan sampai kentang, carrot lembut
9. masukkan tomato, bendi, kacang peas.
10. renehkan lagi sampai bendi lembut.
11. masukkan garam sesedap rasa.
12. tabur daun sup, daun bwg time menghidang.

Tgklah pix2 kat bwh ni. aku start prepare semua ni from 8am sampai 12.30pm baru siap.
Paling tak suka, time nk tunggu daging lembut & nak rebus daging.
Dan2 rasa mcm nk keluar cari pressure cooker.

ni daging yer puan2. sapa tak tau tu.. aku tak taulah nk kata apa.
ni aku beli from Giant. part knuckle.
cara potongan. suka atilah korang nk potong camna pun.
if guna tulang lagi sedap i tell uuuu..
tapi dah x jumpa tulang.. daging pun oklahhhh

from top left: kentang & carrot, bendi, rempah kurma yg tak buka lagi, tomato. 
and kanan sekali bwg merah yg dah dimayang.

left: kacang peas
right: tomato sup kimball.
ada cerita sebalik tomato sup ni.
satu shah alam aku cari tomato sup ni.
yg semua kedai ada jual tomato puree je. Eiii.. tak sukaaaa...
last2 jumpa gak kat tesco s.alam.
padahal aku dh pi tesco yg dekat MSU tu. takdak. so assume tesco lg satu tu takdelah kan.
sekali tesco lg satu adalah pulak. 
sabar jelah....

ni advice by mak aku.
if takde pressure cooker.
guna je rice cooker nk rebus daging.
betul gak kan.. bijak2 mak aku, mcm anak dia gak.
muhahahaha...
tapi dekat 2 jam aku rebus okehhhh...
siap kena tambah air lagi.

ni dah campur bahan last. bendi + tomato + kacang peas.

tadaaaaa...
nilah rupa bamia tu yer puan2.
lagi pekat lagi lazatttt.
rs dia mcm tomato2 sikit.
yg sure tak pedas.
Ni Dobot dok merasmikan bamia for that day.
ewahh jari terlentik2 dok koyak roti.
heheheh...
habis 2 keping roti dia mkn.
bagussss...


Tu je recipe dia. senang kan?? terus mak feeling2 jadi minah arab. chewahhh...

2 comments:

onniesham said...

betul2.. masak ni nk kena rajin practise kalo x mmg smpai bila pon ko x mahir. aku pon dah terajin sket masak lately nih.. waima menu aku sama jer dok ulang2... xpe lah janji anak n suami x kelaparan. masak lauk yg cooi suka... simple2 jer. asik mkn kt kedai jer jemu gak.. lama2 otak pon benak dok mkn MSG je.

sng jer cara masak dia poms... cuma nk tggu daging empuk tu yg lama sikit kot... ok buleh try nanti. tq for sharing.

elly nadyra said...

resepi ni plak hehehehhe rajin ko hirda, aku dah 5 bulan xde bibik, lom lagi serajin ko hehehehhehehehe doa2 sket kasi hembus supaya aku rajin cam ko