Nuffnang

Thursday, January 17, 2013

fav artist...


last weekend masa driving nk pi umah kak aku.
On channel Sinar FM. sekali ada carta sinarlah! tetamu jemputan Hasnol le pulak.

auwww.. terus mengimbau kenangan lalu zaman2 dia tgh hit dgn "Laguku UntukMu"

sapa x pernah dgr lagu dia. tgk je la video bwh ni.


time tu mana ada CD2 ni. harap kaset je pun. kalot pi Aloq Staq pi cari kaset Hasnol. tapi lagu tu satu je la yg aku minat pun.
Lagu lain x dgr sangat...

sampai le aku form 4 or for 5 kot. tak ingat sangat.
keluar le kat tv sorang mamat mata sepet2, comei2, kiut2 reporter dok interview dia. aku tgk.."eh comeinyaaaa". tapi cakap dlm hati je. x leh ckp kuat2 satgi cik ani dgr. dia kata aku gatai.
cuba teka sapa!!

nin diaaaaa....

OMG.. aku x pernah gila sasau kat artis okeh. tapi dgn Casey ni, dh tahap sukas gilas babisss.
seperti biasa. pi aloq staq, beli kaset dia. sekali dgr lagu2 dlm album dia. bukan Seribu Impian je yg sedap.
lagu2 lain pun sedappppp (dan2 mentang2lah dah suka kan?)

habis side A, pusing side B. dah le time tu cassete player bukan yg auto play. kena buka, pusing kaset tu. play balik.
kiranya sambil study for SPM sambil dgr lagu Casey. Pembangkit semangat le kiranya.
bukan takat tu. siap buat buku scrap. lekat pix2 casey. mana magazine yg ada dia. aku sanggup kenen2 cik brahim mintak duit nk beli.
URTV, Variapop, Mangga, Remaja.. u name it.. semua aku beli.

Pastu, zaman tu kan video recorder yg VHS. ada le satu tape tu memang dh standby je. ada je kuar muka casey. Dlm muzik2 ke... melodi ke... zasss... RECORD!!
lagu Seribu Impian tu mcm2 version aku record. version videoclip, live from Hiburan Minggu Ini, mcm2 citer yg ada Caseylah kiranya.
dok ulang main tak pernah jemu. time tu siap terpikir. Apsal le dia Non Muslim. sayangnya.
Mcm le if dia Muslim dia nk kawin dgn aku kan?? kah kah kah. (gelak kat diri sendiri)

Sampai one day, aku nekad!! tulis surat hantar kat Recording Company dia.
time tu EMI rsnya. alah korang,...tulis pun ayat skema2, ckp how aku minat suara and lagu dia. Waima minat cam nk mati pun kan, tapi saya tetap wanita melayu yg masih kaya dgn ciri2 ketimuran.
masih malu2, segan2 gituuu....*gelak tersipu2..


thennnnn..... 2 weeks after that kan, amik kooo... ada sampul surat besar aku dpt.
dalam tu poster Casey besar, dgn tulisan besar2 guna Ink Gold.

Dear Hirda,
Thanks for your Support,
bla bla bla (aku x ingat ayat apa lg)

LOVE,
CASEY

diulang.. LOVE, CASEY yer kawan2!! aku rs aku bc tu ada le beratus2 kali.

ayat2 jeles from kak2 aku "elehhh..entah2 assistant dia yg tulis. takpun hang sorang je yg hantar surat kat dia. tu yg cepat je balas tu". ohhh sungguh dengki sekoq2 kan?

then, bila masuk college. poster ni aku tampal kat depan meja study. mana ntah pix aku pose depan poster tu ntah. nanti aku cari, aku tepek k?
sampaikan cari BF pun criteria dia rambut kena ala2 rambut casey. rupa pun sepet2 gak. Sewel tak sewel kan?
roomates aku memang tau camna gilanya aku kat si casey ni. sampailah one day.. keluar rumours dia bercinta dgn Zizie Ezzette. Mak frust okeh! terus anti si Zizie Ezzette.
padahal apa motip aku nk frust pun entah. mcm le si casey tu pernah ada affair dgn aku pun. dah le time tu aku ada BF. eh tak kiraaa... tetap sentap nih!
Sian BF aku time tu dpt GF cam aku. LOL
Pastu slowly aku pun busy study, aku makin kurang minat kat Casey. till one day dapat tau dia & Zizie dh putus. konon tak minat kan? Tapi dlm hati "Yeay!!".

pastukannnn....
one weekend, aku tgh mkn kat food court starhill b4 taekwondo start. sekali Casey and GF baru dia kot. makan betul2 kat meja depan kami. damnnnnn.... aku gelabah okey!! jantung rs nk pecah!!
kwn2 aku paksa aku pi bgn say hi and salam. what??? me??? ohhh sgt salah orangggg... so not me! aku gila le camna pun kat artis tu, nama aku nk pi meja dia pi tegur, salam, amik gambar. takkan ku buat.

so... aku hanya memandang dari kejauhan je la kan. eh x jauh pun dekat je. 2 langkah je from aku.
aku rasa Casey pun perasan kami2 dok stare kat dia. konon nk berlakon mcm x de apa2. tapi sgt le obvious. kejap2 jeling tgk dia. kejap2 jeling.
Lepas dia habis makan... dia bgn... jln dgn GF dia... (membelakangkan kami). suddenly dia stop. pusing belakang. babai kami. ARGHHHHHHH..... aku rs nk pitam time tu.
Casey babai kamiiiiii!! sepanjang taekwondo hari tu. muka aku glowing berbunga2 happy... ngeeeee....

aku pun tak ingat camna lepas tu aku terus slowly lupa pasai Casey, maybe coz dia pun makin tenggelam and terus senyap. sampai le now. sure dia pun dh beranak-pinak kan? kan?

so ladies..... sapa pulak artis yg korang minat zaman muda remaja??

6 comments:

Mimi said...

sedap lagu hasnol tu..dia now buat apa? nyanyi lagi dak?
aku suka byk gak lagu2 tp penyanyi x berapa sgt..gitu2 je la..tp masa sekolah rendah suka Kumpulan Gersang esp. Man Bai & Acis (laki Sheila Majid)...hahaha..lawak tul..siap gi Angkasapuri (RTM) lagi masa group tu perform...very the...

Aleyn said...

Minay Nasier Wahab sbb cute..sampai skrg cute...ekekek

elly nadyra said...

Ko mmg gempak, sampai camtu sekali! Aku suka ella, metafora sampai skang dok dengar lagu derang

Hirda Ibrahim said...

mimi ~ auwww.. Acis tu fave kak aku no 2. memang angau gila,

Aleyn ~ hahaha. cutenya Nasier Wahab. but true. Suara and rupa dia maintain sampai now.

Elly ~ kahkahkah Metafora tuhhh.. rock kapak!!

onniesham said...

kahkahkah... lawak giler aku baca citer ko nih...weii x sangka aku ko minat kat casey??? ohemjiii aku x suka dia ok!! hahah motip???

aku minat ramai gak.. tp kalo yg jenis tampal poster ni..artis omputih jer akulayan...hahah over giler. eh u know what..aku penah minat kat AC Mizal... omaigodddd lawak betul

Hirda Ibrahim said...

Kah kah kah.
AC mizal??? Oklah sesuai la dia tinggi.
See?? Now dpt cooi pun tinggi whatttt...