Nuffnang

Wednesday, April 3, 2013

Legoland Windsor ~ Day 4

Date: 24th March 2013
Time: 9am - 8pm
Venue: Paddington Station + Windsor Castle + Legoland Windsor

hari ni keluar umah lambat skit. 8am baru keluar. snow ada sikit2. Today aku nk pakai kalerful skit.. dull sungguh suasana kat London kan? so aku pakai shawl rainbow Bandung mariiii. Dari jauh org dah leh nampak. heheheh

Mak aku bising... Legoland Msia pun tak pi lagi... kecoh nak pi Legoland Windsor.
Eh mamaaa...tidakkah anda tahu anakanda kan puteri lilin. So, Legoland mesia tu very hot okeh. So ai postponed dulu yer. muhahahah...


 Keluar2 apartment nampak mini cooper ni. saja nk tunjuk atas bumbung dia tu ada snow. lol
kami berjalan kaki 5 mins to Paddington Station. dekat jek.


Paddington Station. Snow br nk turun lebat.


 Beli train tix kat mesin dia je. Return sorang 9.90pound.

dalam train dia cantikk..
dh mcm dlm flight.
30 mins je to transit Slough.


 Train tu sampai station Slough. Kami turun, baru naik another train to Windsor castle.


 memang x kan sesatlah. coz Slough station is the ONLY station to Windsor Castle.


 ni dlm train Slough pulak. dh ala2 komuter skit2.


 Thats's Windsor Castle behid us. 
Rupanya Station Windsor castle station ni besarrrr... byk outlet rupanya.
tapi kami sampai pagi kan.. kedai2 pun x buka lg.

keluar fr station Windsor Castle station. ternampak kedai ni!!
Glamer ko abg!!

cantik kan castle dia?
pix aku kompem dlm hp minah ni.


Windsor town sgt2 cantik!! sunyi and cosy jek.

 kami berjalan skit pi bus stop G. Tunggu bus number 200 yg memang to Legoland je.

dalam bus.
return bus trip 4.8pound sorang.

ho yeah.. dh nampak Legoland.

 comel hotel dia. cant wait for Hotel Legoland Mesia nak buka pulak.

 Dah mai jauh2 sejuk2 nk beku pun kena jugak2 pose kat pintu masuk dia...time ni dh -ve. tp snow x de lg.
memang x tahan gila. mak aku kalot nk masuk dlm.

 ni dalam dia. remember my last entry HERE. kami dh bl tix siap2. and dh print tix dia siap2. x yah queue apa dah. just pi scan bar code kat pintu tu and terus leh masuk. Sgt senang!!

 masuk2 semua meluru masuk kedai BIG shop ni. coz tak tahan sejuk sgt.

eh aku sempat lagi pose.
Ginilah nasib blogger kan? sapa pun x layan aku nk bergambar.
cisss....

 masuk2 legaaaaa...... dpt rasa heater.

 key chain berlambak2 jenis. juling aku tgk.

ni FM star wars je. memang mcm3 jenis. 

 limited design2 tee dia.

yeay!! RED!

belum apa2 dah shopping dulu korangggg..
sapa soh masuk kedai souvenir dia kan?
cargas je aku amik bakul pi shopping.
aku beli shopping bag ni.
3.99 pound.

adik aku beli bag ni.

 Legoland Windsor map.

new park area will buka Summer ni.

Cik Ani pose dgn sling bag baru.
hahahha.. kami jahat paksa cik ani beli sling bag.
senang nk travel katanya.

 lepas shopping lepak dlm cafe.. minum hot choc & mkn tuna salad.
sedap gila koranggggg
hot choc: 2.70 pound
tuna salad: 4.75 pound

 pastu baru sedar diri nak naik ride2 semua. tp brg penuh kat tgn.
sib baik Legoland ada service tinggal brg nanti nk balik baru amik. 

semua brg2 shopping kami sumbat dln shopping bags ni.

 Selama ni dok tgk pix org pi Legoland Mesia WAJIB pose kat patung family ni. So, aku pun pose le gak.
time ni dh gigil2 sejuk coz angin kuat.



 motip mak & anak pose kat peha dinosaur??
Coz nk tunjuk snow.. boleh?? hahahhah
nak jalan pi Miniland kami malas. so kami naik train.

dalam train.

keluar2 train nampak snow dh bertepek atas bumbung tuh.


 slide ni nampak sgt best!! if x sejuk, nak gak aku try naik.

org takde okeh...
hehehe



 kami masuk 4D show ni. legalah sikit. sekali dalam tu siap ada anginlah pulakkkk...



Giraffe ni mcm kat Legoland mesia kan?
cuma yg ni version kecik and leh gerak2 kepala dia.

keluar fr 4D show..
masuk cafe coz cik ani nk minum teh.
beli donut kecik gak.
tapi bentuk herot petot.
sib baik sedap.
donut tu 20 ketul 6 pound.



then, kami pi miniland.
aku tuju miniland london jek.

 guard2 tu bergerak2. gila comei. ada aku record dlm video.


check out the video...



 actully ada byk pix kat miniland.
tapi aku letak skit jelah yek.

cute helicopter ride ni.

ride boat ni ramai gak queue nak naik.
kami malas.

kami cr ride yg indoor coz sejuk sgt kan.
time ni parents aku pi balik duduk kat cafe.
coz dh start snow and angin kuat.

atlantis ride ni kena naik kapal selam.

ada shark, stingray... dory, nemo, mcm2lah.
yg aku leh imagine time ni...
eh ikan2 tu tak sejuk ke aaaa??

Queen Hirda!!!
chewahhhh...
spoil glove sebelah jek. ciss...





 cute gila mop and baldi fr lego tu kan?





park ni derang tutup. if not sure cute dpt snap pix dekat2.
adik aku mati2 nak naik gak ride kat Viking area ni.

 River Splash okeh!!! sejuk2 ni aku basah nanti siap ko!!

takdak org pun queue.

 ni ala2 ride kat sunway lagoon yg basah nun.
cuma kat sini sib baik x de air melimpah masuk. aku dh standby angkat kaki.
punya le sejuk.. seat kami dh ada layer ice. so sgt2 licin.
sib baik air yg dia pancut tu ala2 je. takdelah basah lencun.
 view from top.

bapak aku pinjam cap aku beli kat shahnun.
coz sejuk sgt.
dah rupa Tony Fernandez pulak daddy. hahaha
tulah. aku soh pakai snow cap taknak.


 by 5pm kami dh gerak balik. ramai gak org dh balik. coz awan dh makin gelap. takut snow turun lebat jek.
bus memang dh tunggu depan pintu masuk.

muka happy dpt shopping lego!

bus tu lalu kwsn2 perumahan.
cantik2 rumah area sini.


 turun2 bus... terus nampak kedai CK ni... berlari2 aku pi sana. gila happy! apsal td masa sampai windsor station x nampak aaa? sekali SA tu ckp dh close. tapi dia sian tgk kami. dia bg 5 mins.
5 mins?? no hal!! dapat aku beli lanyard 1.
mak aku cakap.. aku ni masuk le kedai mana.. sure beli gak brg.
hahahha... yerlah kan.. mai jauh2 okehhh... ingat CK ni ada kat mesia??? noooo....


sampai Paddington Station dh pkl 6pm++.
ternampak kedai jual bunga.
dh ada tulips...
merasa gaklah mak pegang tulips korang.
serius cantik!!

keluar fr Paddington Station..
kami terjumpa Halal restaurant ni.


aku order grilled fish
11.90 pound.
takpe... just imagine its in RM yer.
sekali sampai amik ko
sekoq ikan siakap!!
share pun x habis.

adik aku amik chic apa ntah.
food bapak & kak aku x sempat nk snap.
coz lapaq sgt.
mak aku x lalu nk mkn.
dia nk mkn maggi je kat apartment.
takpe2 mama... mama amik bau je k?
biar anakanda2 and kakandamu menjamu selera dulu.

ni for diri sendiri and the boys.
jam lego tu for hardy.
bekas cawan straw tu for dobot.
kat bottom tu ada lego.
bila aku bg kat dobot. dia mengamuk2 nk kuarkan lego.
camna tu??? haihhhhh

ni for anak beranak!!


for me Legoland Windsor ni oklah... x leh lah nk compare dgn legoland mesia coz aku x sampai lg kan?
tapi kak aku ckp Legoland windsor besar lg. yerlah dia dh buka lama kan.
Tapi coz weather yg snow on off.. ride2 mcm roller coaster. derang tutup. Sapa2 nk pi tunggulah time summer. baru best kot.

to be continued ... day 5 ~ last day in london


5 comments:

Cik Nurul Pinky said...

Banyak perkara yang boleh study dari entry akak ni hehehe

elly nadyra said...

besttttttttttttttt sbb tak panas mcm kat msia

Mimi said...

bestnyer..ni antara tmpt yg nk pi kalo sampai sana lagi..perghh, berangan dulu. jam lego tu sama tp x seropa dgn najeeb punya pasai yg dia punya from TRU M'sia hihih..

onniesham said...

lengangnya kat windsor tu ko... huwahhhh nk namgis aku tgok kedai CK

IRDI TOUR BANDUNG said...

Assalamu’alaikum, salam sejahtera Tuan / Puan yang IRDI TOUR BANDUNG selalu kami rindukan atas kedatangannya Tuan /Puan ke kota kami di Bandung. Seiiring dengan kesehatan yang baik dan kesejahteraan dan yang selalu dimurahkan rizky nya Amiin…. Irdi Tour Bandung hanya sekedar ingin menginfokan promosi promosi yang tersedia di Irdi, mengenai bercuti di kota kesayangan Tuan / puan yang selalu dikunjungi saat weekend. Irdi Tour Bandung menyediakan Kereta Transportasi selama bercuti di Bandung atau Jakarta. Untuk info info lengkap tentang Irdi mengenai promosi percutian di Bandung bisa lihat blog Irdi :
http://sewakeretamurahpelancong.blogspot.com/
JOM JOM ke Bandung bersama Irdi, dijamin Muraaaah dan puas ^_^
Kepuasan Tuan / Puan adalah kebanggaan Irdi… ;-)
Dijamin Irdi bagi harga sangat Muraaaah dan pelayanan yang sangat baik..

Contact Person :
Mobile Phone : +6281322167717

WhatsApp : +6281214741600
+6281220477335

Email : Irditour.bandung@yahoo.com
Facebook : - Irdi Tour Bandung & Irdi Wati

Jika ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi jika ada waktu yang luang bisa kita berjumpa lagi mohon maaf kalau ada kata kata Irdi yang tidak berkenan.
Irdi Tour Bandung tunggu yah kedatangan Tuan / Puan ke Bandung..
Wassalam..wr.wb..